BAJU PENGANTIN MAK ANDAM

Novel Dari Areila Sahimi

APA KATA HEROIN?


"Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba mana pun aku Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba part nak luahkan isi hati." ~Aleeya~

APA KATA HERO?


"Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa." ~Zain~

Baju Pengantin Mak Andam - 7

"LAMBAT." Mukadimah Kak
Ana dengan muka
seposennya.
Aleeya tersenyum.
Tetapi riak muka Kak Ana tidak berubah lagi. Masih
dengan muka seposennya tadi. Tapi rasanya mungkin dah
jadi muka satu sen. Kak Ana satu sen... Kak Ana satu sen…
(tolong nyanyi pakai tune lagu 'Esah Lima Puluh Sen') sebab
muka Kak Ana dah naik merah-merah tembaga macam duit
satu sen sahaja kerana tahan geram dengan perangai Aleeya.
"Sorry. Biasalah. Susahlah nak lepaskan diri dari
rumah tu."
Alasan diberi. Mintak-mintak kesalahan patik yang
tidak disengajakan ini dapat diampunkan.
"Habis tu, macam mana boleh bolos pulak ni?"
Rozy ambik turn bertanya.
"Bersedia atau tidak bolos saja dinding itu." Aleeya
tiru gaya Zizan dalam game show 'Bolos' di Astro Ria.

Kak Ana buat muka bengang. Tadi buat muka
seposen tak laku. Aku rasa macam nak tukar jadi Incredible
Hulk aje, biar Aleeya jadi takut sikit.
Melihat muka Kak Ana yang sedari tadi tidak
berubah, Aleeya tunduk ke bawah. Dia kemudian bersuara
sedikit kendur, "alah Kak Ana ni. Orang main-mainlah. Itu
pun nak bengang."
"Main-main! Main-main!!! Kecik-kecik dulu tak
puas main-main ke?"
Aleeya buat tak tahu. Apa kena akak aku ni? Angin
apa yang datang melanda? Aku cuma lewat... hmmm...
hmmm... satu jam aje. Satu jam aje? hatinya bertanya sendiri.
Nak buat macam mana, dah susah nak lepaskan diri tadi. Ni
pun sebelum datang dah kena tadah telinga dengar ceramah
daripada penceramah tak bertauliah.
"Come on girl. Be matured. Dah dua puluh dua
tahun. Dewasa sikit," tegur Kak Ana sedikit keras.
"Relakslah kak. Orang muda lagi. Baru dua puluh
dua tahun."
Sengaja Aleeya menjawab selamba. Macamlah aku
tidak tahu yang aku ini sudah besar panjang.
"Sebab tu Zul tinggalkan Aleeya tau! Tak pernah
nak jadi dewasa. Semua benda nak buat main-main."
Sekali Aleeya kena sembur dengan Kak Ana da….
Berdesing telinga Aleeya mendengar nama itu. Zul.
Nama sebenar Azizul Izlan bin Mohd. Rahim. Ini yang buat
aku hangin ni. Tiba-tiba nama itu disebut di depan aku. Kak
Ana macam tak tau yang aku alergi dengar nama mamat tu.
Temperature dah naik. Terangkat kening Aleeya sebelah
memandang Kak Ana.

"Akak kalau bengang dekat orang just marah orang
sorang ajelah. Ni apa hal pulak nak ungkit-ungkit nama
mamat tu depan meja makan? Dahlah alergi dengar nama dia
tu. Buat patah selera." Nada dah macam merajuk sikit tu.
"Nak pergi ladies sat."
Terus Aleeya bangun dan menuju ke tandas
restoran.
"Kenapa awak cakap macam tu?" tanya Rozy. Tak
patut juga Ana tiba-tiba membangkitkan soal Azizul di
hadapan Aleeya.
Kak Ana yang menyedari keterlanjuran bicaranya
tadi mengeluh perlahan. Mulutnya dipukul-pukul perlahan.
Kerana mulut cabulnya tadi, Aleeya sudah merajuk. Bukan
tidak tahu, Aleeya masuk ke tandas itu bukannya apa, mahu
cover perasaan sedihnya.
"Saya bukan sengaja. Terlepas cakap tadi." Kak Ana
mengakui kesilapan diri sendiri.
"Tu la... Kalau bercakap, main ikut sedap sendiri
aje," tegur Rozy.
"Macam mana ni?" Kak Ana bertanya.
"Karang lepas budak tu balik dari tandas, awak
pergi mintak maaf. Macam mana nak pujuk tu, awak fikirlah
sendiri." Kata Rozy.
ALEEYA yang baru pulang dari tandas terus kembali ke
tempat duduknya. Sedikit merah mata Aleeya seperti baru
lepas menangis. Wajahnya kelihatan sugul tidak semenamena.
Tidak seceria ketika Aleeya baru sampai tadi.

Rozy memberi isyarat mata kepada Ana agar
memujuk kembali adik kecil yang sedang merajuk itu.
"Sorrylah Leeya. Akak nak nasihat Leeya. Jangan
selalu main-main. Leeya dah besar."
"Yelah. Nasihat tu nasihat ajelah. Dah memang Kak
Ana ni penasihat kiri kanan depan belakang orang. Ni sampai
terkeluar nama mamat tu apa hal? Ni yang buat beta hangin
ni."
Tak kira! Aku nak merajuk lama sikit. Bagi gelabah
akak sorang ni cari akal macam mana nak pujuk aku.
"Ye la. Akak mintak maaf. Anggap aje yang tadi tu
akak main-main aje."
"Main-main... main-main. Masa kecik-kecik dulu
tak puas main-main ke?"
Aleeya fired Kak Ana dengan sebijik-sebijik word
yang Kak Ana hentam dia tadi.
"Tiru ayat akak tu... mana aci!"
Uwekkk... Aleeya menjelirkan lidah.
Kemudian datang pelayan restoran membawa
hidangan yang telah siap dipesan.
"Eh, bila masa order?"
Aleeya buat muka yang konon-kononnya macam
pelik. Peliklah sangat! Ikutkan dia baru sahaja sampai, tetapi
hidangan sudah siap tersedia lebih cepat daripada biasa.
Keadaan di restoran ini memang macam
kebiasaannya. Penuh dengan orang yang ingin datang
menjamu selera. Rata-rata bersama ahli keluarga. Hidangan
paling spesial sudah tentu ikan siakap masak tiga rasa dan
juga sup ekor istimewa.

"Nak order tak payah tunggu Leeya. Kita orang dah
hafal dah menu Aleeya," kata Rozy sambil tangannya sibuk
membantu pelayan restoran memindahkan hidangan yang
dipesan dari talam ke meja.
"Wah... baguslah! Dah hafal makanan favourite
orang kat sini." Aleeya bersuara girang. Macam kanak-kanak
riang. Hilang sudah rasa sedih yang menghambat jiwanya
tadi.
"Ye la. Macam mana tak hafal kalau setiap kali kita
makan kat sini semua menu sama aje. Dah la tu, dia sorang
aje diberi mandat diraja buat pilihan menu apa nak makan.
Ni dia! Ikan siakap masak tiga rasa, sayur campur, udang
goreng tepung, daging masak merah and last but not least,
sup ekor spesial baik punya... Cukup?" perli Rozy.
Aleeya mencebik bibir apabila kena perli bertubitubi
tanpa henti dengan Rozy. Kemudian bibirnya kembali
mengukir senyuman segaris. "Perfect! Ni yang buat aku
sayang kau lebih la, Rozy."
Rozy tersengih. Memang kaki mengampu. Kaki
kipas orang.
"Rozy tukang order aje. Yang bayar Kak Ana tau!"
sampuk Kak Ana. Ada ke patut Aleeya sayang Rozy sorang aje.
Aku yang tukang keluar duit dia buat tak nampak aje.
Aleeya dengan Rozy sama-sama ketawa mendengar
luahan rasa ketidakpuasan hati Kak Ana tadi.
Doa dibaca sebelum semua menjamu selera.
"Aleeya, tadi kata hilang selera nak makan," giat
Kak Ana, sengaja ingin mengusik adik kesayangan yang
sudah hilang rajuknya itu.
"Ah! Pedulikan dengan semua itu. Orang tak kira.

Dah lama orang mengidam nak makan kat sini. Dah dapat
peluang ni, biar orang balun sampai lebam."
Kak Ana menggeleng. Ek ena... Cam iya-iya aje tadi
dia naik angin bila aku mention nama Zul depan dia. Banyak
agenda dalam kepala budak ni. Pandai betul dia buat drama.
Drama queen!!!
"Aleeya ambik ni."
Kak Ana menghulurkan sekeping sampul surat
berwarna coklat kepada Aleeya.
Sampul surat beralih tangan.
Aleeya tersengih memandang sampul surat
tersebut. Kali ini pasti dia tersengih macam kerang busuk.
Sebab dah masyukkk….
"Apa ni kak?"
Sengaja Aleeya mengutarakan soalan bodoh.
Padahal awal-awal lagi dah tau isi di dalamnya. Cuma berapa
keping tu aje yang tak dapat nak dipastikan lagi.
"Budak kecik main belon, buat tak tau konon!
Piiirahhh..." balas Kak Ana.
Aleeya membuka sampul surat tersebut. Mulutnya
terkumat-kamit mengira not-not lima puluh ringgit.
Kemudian mukanya menguntum senyuman mekar. "Thanks
kak. I lap youlah kak."
"Tau... Leeya memang hari-hari 'lap' akak sampai
berkilat. Tapi ingat tau, Leeya. Kena jugak cari someone
untuk kamu cakap 'I love you' satu hari nanti. Takkan sampai
bila-bila nak pegang title Miss Single and Available?" Kak Ana
tersenyum puas. Puas jugak dapat kenakan budak Aleeya ni.
"Ke situ pulak akak ni." Aleeya mencebik. Tetapi dia
tetap berselera makan.

"Leeya, apa kes dengan pengapit lelaki tu yang
namanya... errr... hmmm...."
Dahi Kak Ana berkerut-kerut cuba mengingati
nama yang disebut oleh Harlina malam tadi. Katanya
pengapit lelaki dengan mak andam diraja berantakan pasal
kes nak pakai samping. Lawak apa pulak ni? Samping punya
hal sampai boleh bertikam lidah pulak!
Hampir tersedak Aleeya apabila Kak Ana bertanya
mengenai pengapit lelaki itu. Siapa lagi... Mat Zainlah!
Rozy yang duduk bertentangan dengan Aleeya
segera menghulurkan air. Nasib tidak tersedak tadi.
"Zain," gumam Aleeya rendah.
"Hah! Betullah tu. Zain."
Baru Kak Ana teringat dengan nama itu selepas
diberitahu oleh Aleeya tadi walaupun suara macam orang
berbisik di dalam kelambu.
"Tak ada apa la kak. Mat Zain tu la! Menci orang
tengok. Poyo semacam. Ada ke patut kak, dia pun sibuk-sibuk
nak pakai samping berbunga-bunga pintal macam pengantin.
Orang tanyalah balik. Keris dengan tanjak pun nak jugak ke?
Dia selamba aje jawab kalau ada bawak lebih apa salahnya. Ek
ena... macam apa aje. Lepas tu masa orang tengah sibuk
pakaikan dia samping, orang sengaja cucukkan pin kat perut
dia. Padan muka!"
Panjang lebar Aleeya bercerita. Mengingati kembali
bagaimana muka Zain yang menjerit kesakitan akibat kena
cucuk dengan pin membuatkan Aleeya ketawa. Lawak
sungguh muka dia. Berkerut-kerut menahan sakit. Macam
budak baru masuk jawi.
"Lina kata Zain tu bujang lagi tau. Baru dua puluh
lima tahun. Belum masuk kategori bujang trang tang-tang
lagi."
"So? Ada orang kisah ker...?"
"Eksen," balas Kak Ana sepatah.
Nasi di dalam pinggan disudu dan dibawa ke mulut.
Dari tadi asyik sangat bersembang. Ingat nak cucuk-cucuk
budak Aleeya suruh diceritakan mengenai lelaki yang hanya
dikenali dengan nama Zain itu.
Menurut laporan yang diterima daripada Harlina
malam tadi, Zain macam suka kat Aleeya. Tapi Aleeya jual
mahal sangat. Itu pun lepas Zain senyum-senyum masa
mintak nombor telefon Aleeya daripada Harlina. Tapi Harlina
tidak beri. Kalau betul anak jantan konon gentleman, mintak
sendirilah!
Daripada apa yang diberitahu oleh Harlina, Zain
adalah junior suaminya semasa studi di UTM Skudai dulu.
Sekarang menjawat jawatan sebagai jurutera di sebuah
syarikat pembinaan beribu pejabat di Bangi. Dah dekat sangat
la tu. Zain di Bangi. Aleeya kat Putrajaya. Ikut gate belakang
Presint 4 dalam sepuluh minit dah boleh sampai ke Bangi.
Sabtu Ahad dah tentu-tentulah Cik Aleeya sama ada nak atau
tak nak kena turun ke Bangi jugak. Dah nama pun part-time
student dekat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.
Aleeya pun pernah cerita, dia selalu berlatih futsal
di Bangi dengan budak-budak pejabat dia setiap hari Rabu.
Sejak bila minat futsal, itu masih lagi menjadi tanda tanya.
Penyokong nombor satu Skuad Seladang, itu sudah sedia
maklum. Tapi pasal futsal-futsal ni aku pun tak berapa nak
pasti macam mana Aleeya boleh terjebak. Mungkin
terpengaruh dengan siri 'Gol Dan Gincu' kut. Itu cerita pasal
futsal. Kalau bukak cerita pasal hobi baru dia ni, memang
interested habis. Bukak cerita pasal Zain, Aleeya macam
malas ambik port pulak.
Suasana sunyi sepi seketika. Semua sibuk
menikmati hidangan yang tersedia di atas meja.
Aleeya makan dengan penuh berselera. Rasanya
sudah lama tidak merasa makanan di restoran ini.
"Lepas ni lepak dataran, jom!" Rozy mengeluarkan
usul selepas mereka selesai makan.
"Good idea."
Kak Ana menyokong sambil memetik jari.
"Sorry, orang tak boleh join." Aleeya menarik diri.
"Kenapa?"
Tidak puas hati, Rozy dan Kak Ana bertanya
serentak. Memandang Aleeya.
"Esok orang dah nak gerak balik. Nak rehatlah.
Lagipun orang dah janji dengan mak balik awal hari ni. Tak
tahanlah kalau kena tadah telinga lagi nanti."
Alasan lengkap yang bukan dibuat-buat macam
kebiasaannya. Memang kenyataan. Mahu emak mengamuk
sakan kalau malam ini pun aku balik lewat lagi.
"Lagipun orang malas la nak kacau daun pasangan
bahagia mau karang ayat-ayat cinta atas kerusi batu tepi
Dataran Ipoh tu," sambung Aleeya sambil tersengih-sengih
kerana puas hati dapat usik dua orang di hadapannya itu.
Sebelah Rozy kelihatannya tenang tak berkocak.
Buat-buat tak dengar la tu. Padahal menahan perasaan... Kih
kih kih....
Kak Ana pulak muka dah naik merah macam baru
kena tonyoh dengan blusher jenama L'Oreal - macam Maya
Karin selalu pakai tu... Aleeya di hadapan ditenung macam
nak telan hidup-hidup.
"Macam-macam budak kecik ni...." Rozy buat ayat
pelindung diri sendiri.
"Orang yang macam-macam ke atau dua orang
budak besar ni yang macam-macam? Muka Kak Ana dah
merah semacam macam pakai blusher brand 'L'Oreal -
Kerana dirimu begitu berharga', tu apa kes?" Aleeya bersuara
selamba sambil mulut dijuih-juihkan ke arah Kak Ana.
Kak Ana segera menunduk muka menghadap meja.
Kemudian dia menegakkan kepala semula memandang tepat
ke arah Aleeya.
"Tak ada keslah! Dah tu, jom balik." Kak Ana
berkata geram.
Sengal pun ada dengan budak Aleeya ni. Boleh
pulak buat serangan hendap jerangkap samar dirinya dengan
Rozy. Nasib baru lepas makan. Kalau tak, mau ditelannya
Aleeya hidup-hidup macam anaconda. Ngeee….

0 comments:

Post a Comment