BAJU PENGANTIN MAK ANDAM

Novel Dari Areila Sahimi

APA KATA HEROIN?


"Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba mana pun aku Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba part nak luahkan isi hati." ~Aleeya~

APA KATA HERO?


"Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa." ~Zain~

Baju Pengantin Mak Andam - 15

ZAIN menengadah ke siling bilik
melihat kipas angin yang sedang
ligat berpusing. Bibir mengukir
senyuman segaris. Dekat dua minggu dia tidak menghubungi
Aleeya. Terasa rindu pulak tidak berborak dengan gadis itu.
Rindu dengan bahasa kerek, ayat selamba, main cakap tak
pakai filter Nurul Aleeya. Sikap dingin gadis itu, membuatkan
Zain amat berminat untuk mengenali tuan empunya nama
Nurul Aleeya itu.
Malam semalam dia telah cuba menghubungi
Aleeya, tetapi panggilannya itu dibiarkan tidak bersambut.
Pada malam ini, dicubanya lagi. Pantang menyerah sebelum
mencuba. Itu prinsip yang dipegangnya selama ini. Dari dulu
sampai sekarang. Sampaikan nak memikat anak gadis orang
pun, prinsip itu masih lagi dipegang kuat, buat perangsang
diri agar berjaya mencapai matlamat yang diingini.
Dan... usahanya itu berjaya. Panggilan malam ini
elok bersambut oleh Aleeya walaupun macam biasa bahasa
kerek menerjah masuk ke dalam lubang telinga. Tetapi
ditadahkan juga. Janji dapat bersembang dengan Aleeya.

"Helo. Whuzzup. Apa cer? Long time no story
morry, naik lori, emak kat rumah masak kari."
Suara dari talian di sebelah sana mula masuk ke
dalam telinga.
Macam nak tersembur tahi telinga mendengar
suara Aleeya.
"Kenapa? Kau rindu aku ke?" Zain bertanya soalan
nakal. Sengaja dia ingin mengusik jiwa Aleeya.
Aleeya mencebik. Dibuat muka yang entah macam
mana gaya rupanya. "Tak ada sebab aku nak rindu kat kau.
Kenal pun tak sampai sebulan, nak rindu plak. Apa kes?"
Zain tersengih sumbing mendengar suara Aleeya
yang seperti orang tengah merungut itu. Dapat dibayangkan
muka Aleeya tengah menahan geram pada dirinya. Ternyata
soalan nakalnya tadi sedikit pun tidak berbekas di hati Aleeya.
Ingatkan trick masuk jarum tadi boleh berjaya.
"Semalam kenapa kau tak jawab panggilan aku?"
Zain bertanya.
Aleeya terfikir-fikir apa jawapan yang patut
diberikan. Tibai ajelah. "Aku penat. Pagi ada kuliah. Hari ni
pun aku ada kuliah jugak."
Zain mengerut dahi. Tidak faham dengan apa yang
dikatakan oleh Aleeya tadi.
"Kuliah?" soalnya lagi.
"Ye la. Aku buat PJJ dekat UKM." Pantas Aleeya
menjawab.
"Eh... apasal aku tak tau pun?" Zain bertanya lagi.
"Kau tak tanya. Takkanlah semua benda aku nak
kasi tau kau!" balas Aleeya.

"Owwwhhhh... Tak penat ke? Isnin sampai Jumaat
kerja. Sabtu Ahad kuliah pulak." Zain masih punya modal
untuk bersembang dengan Aleeya lagi.
Aleeya mengeluh perlahan. "Dah ini yang aku pilih.
Buat ajelah yang terbaik untuk diri sendiri."
"Aku suka cara kau. Berdikari untuk memajukan
diri. Bagus betul!" Ikhlas pujian yang diberikan.
Dari hujung talian terdengar suara Aleeya
mengekek ketawa.
"Ni puji-puji ni mesti ada makna lain?" Aleeya
masih lagi mengekek ketawa. Zain bukan boleh diduga. Pasti
ada agenda tersembunyi di dalam kepala dia tu.
Zain pula ketawa mengekek mendengar ayat yang
keluar dari mulut Aleeya. Macam tau-tau aje.
Aleeya mendengus geram.
"Tu dah gelak tak pasal-pasal tu, betul la ada makna
lain dalam kepala kau tu." Aleeya bersuara, cuba meneka
apabila mendengar Zain sedang seronok mengekek ketawa.
Ketawa Zain makin galak. Pasti sekarang ini muka
Aleeya sedang berkerut-kerut menahan geram dengan aku.
Entah-entah gadis itu sudah bertukar rupa menjadi Incredible
Hulk agaknya. Nasib aku berada jauh dari dia. Bukan di depan
mata. Kalau tidak… Tapi itu yang aku suka. Itu yang buat
Aleeya begitu istimewa berbanding gadis lain yang pernah
dikenali selepas pemergian Aisyah Syuhada.
"Esok jom lunch sama-sama," pelawa Zain ikhlas.
"Malaslah," jawab Aleeya.
"Kalau esok malas, lusa kita lunch sama-sama."
Zain tidak putus asa lagi.
Aleeya tarik nafas dalam-dalam.

"Lusa sibuklah." Aleeya memberi alasan.
"Kalau lusa sibuk, tulat kita lunch sama-sama."
Zain usaha lagi. Usaha tangga kejayaan. Chayok!!! Chayok!!!
"Zain," panggil Aleeya.
"Aleeya," panggil Zain pula.
Aleeya melepaskan keluhan lemah. Kenapa dengan
Zain ni? Aku dah hilang modal nak bercakap ni. Zain tetap
macam tak berapa nak faham lagi. Dah aku kata dulu, semasa
pertama kali keluar makan dengan Zain. Sudah dipesan agar
jangan pandai-pandai mahu mengatur rancangan makan
tengah hari bersama kalau hari bekerja. Masa tu Zain lupa
nak korek telinga ke? Atau saja buat-buat macam sebulan tak
buang tahi telinga sampai tak dengar apa orang kata.
Dibuatnya kata-kata aku dulu seperti masuk telinga kanan,
keluar ikut telinga kiri.
"Zain, kau tak ingat ke aku pernah bagi tahu kau
dulu? Aku tak selesalah keluar makan dengan kau."
Terkeluar juga bicara Aleeya setelah agak lama dia
berfikir.
Zain pula melepaskan keluhan lemah. Apalah
minah sorang ni? Macamlah aku nak buat mende yang tak
elok dengan dia kalau keluar makan dengan aku. Macam aku
ni tak ada otak nak fikir. Tak ada didikan agama. Punya cukup
didikan agama mak dan ayah kasi. Bekas pelajar sekolah
agama lagi. Masa studi dekat UTM dulu pun aku pegang
jawatan sebagai ahli jawatankuasa surau di kolej. Stok masjid
lagi tu. Macam-macamlah Nurul Aleeya ni...!
"Tak selesa amendanya? Bukan kau keluar makan
dengan Anuar Zain. Kau keluar dengan Zain. Z-A-I-N."
Zain mula menekan sedikit nada suaranya. Nama
yang dibawa sejak dari lahir dieja satu-satu. Tak dinafikan
juga, di dalam hati terasa geram dengan sikap Aleeya yang
suka mengelak. Terlampau jual mahal. Mengalahkan mahu
keluar dengan bintang terkenal dan fofular aje.
Aleeya menggaru kepala. Kepala yang tidak terasa
gatal itu digaru laju-laju. Semoga bila ada sedikit rasa sedap
naik atas kepala, otak pun boleh ligat berfikir apa ayat nak
bagi dekat Zain ini. Aleeya tahu, pasti lelaki itu terasa dengan
sikap dinginnya itu. Sudah dilatih di dalam diri agar jangan
bersikap terlalu lembut dengan lelaki. Apa yang boleh dibuat
lagi. Itu yang Aleeya cuba latih di dalam dirinya agar berbuat
demikian selepas putus cinta separuh jalan dengan Azizul.
Setakat ini, belum terbuka lagi pintu hati untuk
membenarkan sesiapa cuba masuk menakluki hati wanitanya.
Bukan Aleeya anti pada lelaki. Abah juga seorang
lelaki. Aleeya juga punya seorang adik lelaki. Cuma, biarlah
dia begini. Bagi Aleeya, dia lebih seronok berkawan dari
menjalinkan hubungan perasaan. Aleeya tidak mahu perkara
yang sama berulang sekali lagi. Sungguh dia tidak sanggup
lagi berhadapan dengan perkara yang sama. Bukan senang
ingin merawat luka di hati. Sekali terluka, parutnya masih
berbekas sampai bila-bila. Parut di hati, bukannya boleh
disapu dengan krim Mederma mahupun minyak Bio-Oil
untuk menghilangkan kesannya. Ini kes lain. Bukan parut
yang nampak di tangan. Biar dia ketawa setiap hari, bergurau
senda suka-suki tetapi luka di hati tak ada siapa yang tahu.
Biar Aleeya pendam semua ini seorang diri. Itu lebih baik.
Buat apa mahu ditunjuk rasa sedih hanya kerana seorang
lelaki. Tetapi, ada ketika Aleeya tertewas pada perasaannya
sendiri. Kali ini, apa yang boleh dibuat adalah berhati-hati.
Ah!!! Zain cuma mahu berkawan. Tak ada salahnya
berkawan. Mak sendiri pernah cakap, berkawan biar beribu,
tapi bila nak bercinta, jujurlah pada pasangan yang satu itu.
Jangan sesekali memainkan perasaan orang, hati kecil Aleeya
berperi. "Betul ke?"
Ya Allah! Kenapa ni? Ingat nak cakap dalam hati.
Tapi boleh pulak buat loud speaker keluar ikut mulut pulak
ni. Sudahlah kuat pulak tu!
"Betullah. Kau ingat aku main-main ke?" tutur Zain
sedikit lembut. Macam-macam taktik mengayat aku dah pakai
ni. Bila nak jalan, masih menjadi tanda tanya.
Aleeya tak tau nak cakap apa dah. Tak apalah.
Anggap saja keluar dengan kawan. Selepas putus dengan
Azizul, mana pernah dia keluar dengan lelaki lain lagi.
Kiranya Zain adalah lelaki pertama yang berjaya keluar
dengan Aleeya semenjak dia memegang title Miss Single and
Available. Zain berjaya pun, sebab dia main kotor. Main
serang sampai ke office terus. Nak mengelak pun tak boleh.
Harap-harap jangan ada feeling. Sama ada aku atau Zain.
Walaupun rasanya tindak-tanduk lelaki itu semacam aje
gayanya. Bukan perasan. Tapi itu namanya instinct.
Pengalaman lalu, banyak mengajar Aleeya tentang
lelaki. Azizul juga dulu begitu. Walaupun hakikatnya Aleeya
yang terlebih expose menarik perhatian untuk masuk ke
dalam hati lelaki itu. Tapi, bila dah dapat positive feedback
daripada Azizul, nak kata apa lagi? Kira on ajelah. Walaupun
masa itu hidup masih ditanggung mak abah lagi.
Orang kalau nak menggatal bukan kira umur.
Yelah... time tengah suka. Tengah sayang. Tengah tangkap
cintan. Semua indah. Kentut pun mengaku wangi. Tapi bila
hati dah hilang rasa cinta, mulalah! Bau dari Issey-Miyaki
dikatanya bau badan orang tak mandi pagi. Semuanya salah.
Semuanya tidak kena.

Semasa Azizul minta untuk memutuskan
perhubungan yang dibina atas alasan lelaki itu tersepit
dengan permintaan kedua-dua orang tuanya untuk
menjodohkan dirinya dengan wanita pilihan mereka,
ditabahkan juga hati ini untuk menerimanya. Siapa Aleeya
untuk memberontak memarahi Azizul. Azizul punya alasan
yang kukuh untuk menjaga hati kedua-dua orang tuanya.
Aleeya tidak mahu Azizul menjadi anak derhaka hanya kerana
dirinya.
Nak dijadikan cerita, yang membuatkan sampai
sekarang Aleeya tidak berani meletakkan kepercayaan kepada
orang lelaki adalah apabila Azizul terkantoi di depan matanya
sendiri. Disangka lelaki itu bersama wanita pilihan orang
tuanya, rupa-rupanya dalam senyap menjalinkan hubungan
dengan Cikgu Hazlily. Bekas guru bahasa Melayu sekolahnya
merangkap bekas kekasih Azizul semasa mereka berdua
belajar di USM dulu. Mereka sama-sama buat praktikal di
sekolah Aleeya.
Terasa macam nak tembak sahaja Azizul dengan
senapang gajah masa itu. Pandai betul dia mereka cerita
kononnya Aleeya bukan calon menantu pilihan. Pada hal, dia
yang dah curang, berpaling arah pada bekas kekasihnya
semula. Dia menerima Aleeya sebagai kekasihnya ketika itu
hanyalah untuk membuat Cikgu Hazlily tidak senang duduk
dan berasa cemburu. Terasa perasaan menyesal menguasai
diri apabila merasakan diri telah ditipu hidup-hidup dan
dipermainkan sewenang-wenangnya.
Tetapi Aleeya terpaksa mengakui, rasa sayang untuk
lelaki yang bernama Azizul itu masih kuat sehingga kini.
Masakan mampu dia melupakan lelaki itu semudah ABC, 123
sahaja. Azizul adalah cinta pertama Aleeya. Bukan mudah
mahu melupakannya melainkan ada pil pelupa yang boleh
dibeli di farmasi di Malaysia negaraku tercinta ini. Telan dua
biji pil setiap hari mungkin mampu membuatkan Aleeya lupa
pada Azizul.
"Leeya," panggil Zain apabila Aleeya sudah senyap
sepi. Nak kata sudah meletakkan telefon, panggilannya masih
lagi bersambung.
"Hah!!!" Aleeya tersentak. Automatik lamunannya
terhenti.
"Kau dah tertidur ke?" soal Zain.
Tanpa sedar, bibir mengukir senyuman tatkala
mendengar soalan Zain. "Belum lagilah."
"Habis tu, apasal tetiba jadi senyap. Sunyi sepi."
Aleeya mengekek ketawa.
"Sahlah kau kena makan ubat. Biar kasi betul sikit
kepala kau tu. Dah senget menghala ke kiri atau ke kanan?"
perli Zain.
Aleeya menggetap bibir. Ada aje modal nak ketukketuk
aku. "Banyaklah kau!"
"Jadi ke tak jadi ni? Jawapan tak bagi lagi. Jomlah.
Bukan buat apa pun. Nak beramah mesra pun salah ke?" Zain
sudah separuh merayu berharap Aleeya akan sudi untuk
keluar makan dengannya.
Aleeya menimbang-nimbang tentang pelawaan Zain
itu tadi. Susah kalau Zain sudah buat gimmick merayu-rayu
macam ni. Aku pun satu. Yang senang sangat jatuh layu apa
hal? "Hmmm... okey. Tapi bukan lunch. Dinner boleh tak?
Aku sekarang banyak kerjalah kat office."
Sekarang ini memang jelas Zain sudah tersenyum
riang. Dinner pun dinnerlah. Janji jalan, hatinya berkata.
"Okey aje. Bolehlah." Pantas dia menjawab.


"Kau nak aku ambil kau di rumah pukul berapa?"
sambung Zain lagi.
"Eh, tak payah susah-susahkan diri. Aku ada kereta.
Boleh pergi sendiri. Kau set aje mana tempat nak pergi. Nanti
aku datang," balas Aleeya cepat-cepat.
Tak selesa rasanya. Apa kata jiran-jiran nanti. Elok
sangatlah tu. Anak dara keluar malam-malam dengan lelaki.
Kalau nak keluar pun pandai-pandailah cover. Kalau terangterangan
lelaki datang ambil nak cover macam mana? Drive
aje kereta sendiri. Itu selamat. Boleh pergi ikut suka. Balik
pun aku punya suka. Kalau dah menumpang orang, takkan
nak buat mengada-ada ikut suka hati sendiri nak balik pukul
berapa.
Zain mendengus. "Kenapa pulak?"
Ngeee... Aku dah setuju nak keluar, banyak tanya
pulak! "Kau nak keluar ke tak ni?"
"Apa-apalah. Macam-macamlah kau ni."
Zain malas dah nak bertekak, bertegang urat dengan
Aleeya. Karang, elok-elok Aleeya dah setuju nak keluar dinner
bersama, terus dia cancel. Kalau Aleeya kata aku tak boleh
diduga nak buat apa, dia pun sama.
Aleeya mengekek ketawa. Nampak sangat
kemenangan berada di pihaknya. "Good boy."
"Apa kau ingat aku ni kanak-kanak riang Alam Ria
Disney ke?"
Di hujung talian sana, tersembur ketawa Aleeya.
"Elelele... Sukanya my baby girl ni."
Ketawa yang rancak tadi mati tiba-tiba. Aleeya
menelan air liur yang terasa pahit. "Apa ni Zain? Kau ingat
aku budak kecik ke panggil macam tu?"


"Eh, salah ke?" usik Zain.
Darah panas dah mula naik ke muka. Saat-saat
macam ni, bersyukur sangat yang dia tengah bercakap di
dalam telefon dengan Zain. Bukan secara berdepan-depan
atau buat video conference. Kalau tak, mana nak diletakkan
muka yang terasa macam udang galah kena bakar aje ni.
Hanya sebab telinga menangkap jelas ‘my baby girl’, Aleeya
dah mula jadi gelabah.
"Salahlah," kata Aleeya geram. Aku bukan baby girl
siapa-siapa. Aku baby girl mak dan abah. Eh, baby lagi ke?
Kes tak dapat terima kenyataan diri dah tua la tu....
Zain masih mengekek ketawakan Aleeya.
Aleeya mendengus geram. Apalah yang suka sangat
tu? Sampai tak tau nak berhenti ketawakan orang. Plaster
mulut tu dengan plaster luka nanti baru tau!
"Dah la Zain. Aku nak tidur ni. Kau ingat aku
burung hantu ke? Bersengkang mata layan kau malammalam
buta macam ni."
"Okeylah. Aku pun nak tidur."
"Orait. Apa-apa hal, kau roger aku nanti. Good
night. Assalamualaikum."
"Orait. Good night my baby girl."
"Zain!!!" Jerit Aleeya, tetapi Zain terlebih dahulu
telah mematikan talian.

0 comments:

Post a Comment