BAJU PENGANTIN MAK ANDAM

Novel Dari Areila Sahimi

APA KATA HEROIN?


"Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba mana pun aku Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba part nak luahkan isi hati." ~Aleeya~

APA KATA HERO?


"Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa." ~Zain~

Baju Pengantin Mak Andam - 13

SEMALAM punya hal rasa macam
nak bergegar bangunan Blok A
SMKKPPI itu dengan jeritan Din
Mercun. Ek eleh… mulut cabul tapi takut dengan lipas. Tak
tau berapa frekuensi jeritan Din Mercun semalam. Rasanya,
Ning Baizura pun boleh menangis bila dengar suara Din
Mercun menjerit semalam. Janji, memang Aleeya puas hati
sangat.
"Tak balik lagi?"
Sapaan dari belakang mematikan lamunan Aleeya
pada peristiwa yang berlaku semalam.
Aiseyyyhhh. Cikgu encem tegur la. Ni rasa macam
nak kasi gegar satu sekolah. Kasi heboh sekampung.
"Sekejap lagi. Saya tengah tunggu Abab dengan
Julia." Aleeya menjawab dengan penuh keayuan. Amboi...
Lemah lembut tak bertempat!
Cikgu Azizul Izlan mengambil tempat duduk
bersebelahan dengan Aleeya.
Dua-dua berdiam diri sahaja.

Ya Allah! Kenapa jantung ni berdegup kencang
semacam aje ni? Dag dig dug... dag dig dug... Sekali macam
enjin motobot nak habis minyak daaa….
"Seronok semalam awak ketawakan Din."
Cikgu Azizul memecah tembok kesunyian di antara
mereka. Membuka semula cerita semalam.
Aleeya hanya tersengih. Memang benar. Semalam,
dialah manusia yang ketawa tak ingat dunia melihat aksi luar
biasa Din Mercun melompat-lompat sambil menjerit bahana
lipas yang dia masukkan ke dalam kasut Din Mercun telah
merayap naik ke dalam seluar. Tak sangka, manusia bermulut
cabul itu punya kelemahan takut dengan lipas. Nasib anu Din
Mercun tidak digigit lipas. Kalau tidak, aku taja bunga telur
untuk majlis berkhatan kali kedua Din Mercun.
Cikgu Azizul memandang Aleeya yang masih
dengan gaya bersahajanya.
"Tak baik buat orang macam tu." Cikgu Azizul
menyambung bicara. Cuba menasihati selagi boleh.
Apa yang telah berlaku semalam, dia tahu siapa
punya angkara. Aleeya and the gang yang bersepakat untuk
mengenakan Hafizzudin. Konon-konon mereka semua buat
pakatan ‘bersepakat membawa berkat’.
Sebagai seorang guru yang tahu hujung pangkal
jalan cerita apa yang telah terjadi, sengaja dia mengambil
keputusan untuk mendiamkan diri. Memang Hafizzudin
terlebih dahulu mencari pasal dengan Aleeya di dalam kelas.
Cuma tidak disangka-sangka cempedak menjadi nangka
apabila gadis itu dengan berani mengenakan Hafizzudin
dengan cara sebegitu.
Aleeya mendengus perlahan. Agak tidak puas hati
dengan Cikgu Azizul yang menyokong Si Din Mercun itu.

"Cikgu ni double standard," rungut Aleeya
perlahan. Aselehe punya cikgu. Mentang-mentang Din
Mercun itu lelaki macam dia. Menyokong atas dasar
kepentingan kaum sejenis. Sangat-sangat tidak relevan.
Terang-terang Din Mercun yang bersalah semalam.
"Double standard apa pulak ni?" Cikgu Azizul
bertanya kembali.
Tumis tauge dengan tauhu. Ini apesal pulak buatbuat
tak tahu?
"Ye la. Cikgu tu... yang backing Din Mercun
melebih-lebih tu apa hal? Dia yang mulakan dulu." Aleeya
meluahkan ketidakpuasan yang bersarang di hati kepada
Cikgu Azizul.
Cikgu Azizul mengukir senyuman segaris tatkala
mendengar rungutan tak puas hati gadis manis di sebelahnya
itu.
"Ya ar auw la awak ni. Saya tak cakap apa pun. Saya
cuma cakap tak baik gelakkan orang macam tu. Ini yang
terasa lebih apa sebab ni? Buat tuduhan tak berasas kata saya
mengamalkan prinsip double standard. Tak pernah saya bezabezakan
student saya. Semua sama aje. Ini mesti kes ‘siapa
makan petai mulut dia yang berbau busuk’ nikan? Entahentah
awak yang jadi mastermind pasal kes dalam kelas
semalam kut?" Cikgu Azizul cuba main serkap jarang dengan
Aleeya. Padahal awal-awal lagi dia dah tau dah pun....
Aleeya menggaru kepala yang tidak terasa gatal itu.
Dia tersenyum sendiri. Terkantoi dengan cikgu sendiri. "Ye la
tu. Saya janji tak buat lagi."
"Ek?" Cikgu Azizul mengangkat kening sambil
tersenyum.
Manisnya senyuman Cikgu Azizul ni. Malam ni
confirm dengan pasti aku tak boleh tidur sebab asyik teringat
senyuman semanis aiskrim Buskin Robbins.
"Ye cikgu. Saya janji." Aleeya menegaskan sekali
lagi. Confident. Confident.
Lagi sekali Cikgu Azizul mengangkat kening.
"Betul ni?" Cikgu Azizul bertanya kembali untuk
mendapatkan kepastian.
Ini tak faham ataupun buat-buat tak faham? Aleeya
mengangguk laju.
"Buat tangan macam ni..." Cikgu Azizul memberi
arahan kepada Aleeya. Tangan disuruh angkat seperti orang
mahu membaca ikrar.
Aleeya mengerut dahi seribu. Ini apa sakit? Tibatiba
disuruh buat gaya macam nak baca ikrar. Hari sukan dah
lepas. 31 Ogos pun dah lama berlalu. Amat-amat tak faham
apa yang cikgu seorang ini mahu buat.
"Cepat Aleeya," arah Cikgu Azizul.
"Hah!!! Okey. Macam ni ek?" Aleeya mengangkat
tangan seperti yang diarahkan.
"Okey. Sekarang awak ikut apa yang saya cakap."
Apa-apa ajelah….
"Okey." Aleeya berkata dengan kepala mengangguk.
Cikgu Azizul mengambil nafas dalam-dalam.
"Bahawasanya saya..."
"Hah!!!" Aleeya memang pening, tak faham apa
yang sedang berlaku ini.
"Cepat ikut," tekan Cikgu Azizul sekali lagi. Ada
ketegasan di sebalik suaranya itu.
"Okey, okey. Bahawasanya saya."

Malas-malas Aleeya menyebut patah perkataan yang
keluar dari mulutnya. Mulut yang menguap luas segera
ditutup dengan telapak tangan.
"Ini apa hal macam orang tak makan seminggu aje
ni? Cergas! Cergas!!!" Cikgu Azizul dah jadi sebijik macam
mejar bersara la pulak.
Aleeya menelan air liur yang terasa kelat.
"Bahawasanya saya..." Kali ini lebih bersemangat
selepas kena sound dengan Cikgu Azizul sebentar tadi.
Cikgu Azizul nak buat sound check ke dengan peti
suara aku ni? ngomel Aleeya di dalam hati.
"Tidak akan..." sambung Cikgu Azizul lagi.
"Tidak akan..." Aleeya ikut.
"Datang lewat dan..." Bicara Cikgu Azizul belum
berhenti lagi.
"Datang lewat dan..." Hmmm….
"Buat nakal." Ditekan sedikit suaranya.
"Buat nakal." Ikutkan ajelah.
"Saya juga akan berjanji..." Ada lagi.
"Saya juga akan berjanji..." Belum habis lagi ke...?
"Akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi
manusia yang berjaya." Baris terakhir.
"Akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi
manusia yang berjaya."
Amin… Habis jugak. Ingat kena sambung hari
Isnin minggu depan pulak. Macam-macam la Cikgu Azizul
ni, desis hati Aleeya.
Mata Aleeya ligat menari-nari, mencari kelibat
kroninya. Dari jauh kelihatan Abab dan Julia sudah pun
melambai-lambai tangan mengisyaratkan agar Aleeya segera
ke pintu pagar sekolah. Hu hu. Masa untuk melarikan diri.
"Okey, cikgu. Balik dulu. Daadaaa…." Aleeya terus
menggalas beg sekolah dan berlari menuju ke pintu pagar
sekolah.
Cikgu Azizul menguntum senyuman yang sukar
ditafsirkan makna yang tersembunyi di sebalik senyuman itu
tatkala mata melihat tingkah laku pelajarnya yang bernama
Nurul Aleeya itu.
Abab dan Julia sama-sama buat muka senyuman tak
ikhlas di depan Aleeya.
Aleeya mengerutkan dahi. Mata dikecilkan sedikit.
"Ini apa hal senyum semacam ni?" Aleeya bertanya
kepada Abab dan Julia.
"Wah...! Duduk dating dengan cikgu pujaan hati
nampak? Terlebih advance kau, cik." Julia berkata.
"Tengok oranglah...."
Aleeya angkat kening. Angkuh semacam sahaja
gayanya. Dia mengukir senyuman segaris dan terus berjalan
laju ke hadapan meninggalkan Julia dan Abab di belakang.
Julia dan Abab berpandangan sesama sendiri.
Sebabkan angau dengan Cikgu Azizul, Aleeya terus
jadi macam orang sasau. Kasihan… dia.
Deringan telefon bimbit mematikan lamunan
Aleeya pada kisah lalu. Zaman diri masih di alam
persekolahan yang penuh dengan warna-warni. Tanpa Aleeya
sedari, tubir matanya mula beranak sungai. Aleeya menangis
sendiri.
Skrin telefon bimbit dilihat untuk mengetahui
gerangan pemanggil dari talian di hujung sana. Zain.

"Sorry Zain. Mood aku tak baik nak layan panggilan
kau malam ni. Esok-esok ajelah kau kacau ganggu hidup aku.
Itu pun kalau mood aku dah okey." Aleeya berkata dengan
dirinya sendiri.
Telefon bimbit dimatikan agar dia dapat tidur
dengan tenang. Jam loceng diletakkan di sebelah toto agar
pagi esok tidak akan terlewat bangun. Walaupun esok adalah
hari Ahad, dalam kepala kena ingat, yang kuliah bermula
pukul lapan tiga puluh minit pagi. Jangan cuba masuk lewat
macam zaman sekolah dulu. Nanti tak pasal-pasal kena
demerit pula.

0 comments:

Post a Comment