BAJU PENGANTIN MAK ANDAM

Novel Dari Areila Sahimi

APA KATA HEROIN?


"Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba mana pun aku Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba part nak luahkan isi hati." ~Aleeya~

APA KATA HERO?


"Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa." ~Zain~

Baju Pengantin Mak Andam - 10

BAU tumisan cili kisar membuat
hidung terasa hendak bersin dan
mata pula pedih sudah mula nak
berair. Hasheeemmm!!! Aleeya menutup hidung dengan
telapak tangan. Alhamdulillah. Alat kawalan ditala ke arah
decoder Astro yang elok terletak di atas rak TV itu. Tercari-cari
siaran yang boleh dilayan sebelum Aleeya dengan hormatnya
dijemput makan. Memang betul telahan yang aku buat pagi
tadi, hari ini matahari sudah terbenam baru aku boleh balik
ke rumah. Aleeya mengeluh kepenatan.
Nasib jugaklah Anis dengan rela hati sudi datang
menjemput Aleeya dari pejabat tadi. Itu pun setelah puas
Aleeya pujuk rayu baru dia bersetuju. Kalau tidak mahunya
lepas isyak pun belum tentu boleh sampai ke rumah. Fahamfaham
sahajalah kalau nak balik naik bas dalam waktu
sebegini.
Kelihatan Anis sedang sibuk mengangkat pinggan
dan gelas ke meja makan. Sibuk nampaknya Anis yang
tengah setting meja untuk makan malam.

Aleeya bangun, langkah dihala menuju ke dapur.
Iwa sedang memasak sayur kangkung goreng
belacan. Mesti malatop!!! Ayam goreng kunyit yang sudah
siap terletak di atas kabinet dapur dibawa ke meja makan.
Hari ini makan bertiga ajelah.
Aida selepas maghrib tadi sudah keluar. Katanya
mahu makan malam dengan buah hati pengarang jantung
pisang.
"Siap!!! Makan time."
Iwa bersuara sambil perlahan-lahan dia menatang
mangkuk berisi sayur kangkung goreng belacan ke meja.
Aroma dari sayur kangkung goreng belacan itu sahaja sudah
mencucuk-cucuk lubang hidung. Itu tandanya sudah pasti
ianya malatop pedas berapi.
"Amboi... dua-dua macam mem besar." Iwa berkata
tatkala melihat muka seorang-seorang berlagak macam Cik
Puan Besar sahaja.
Aleeya dan Anis saling berpandangan. Kemudian
mereka sama-sama ketawa.
"Sedia! Angkat tangan! Up!"
Aiseyh… Sekali Anis bagi arahan macam zaman
PLKN dulu-dulu la pulak.
Doa makan dibaca. Bismillahirrahmanirrahim....
Masing-masing menjamu selera dengan hidangan
yang tersedia di depan mata. Seperti yang telah dijangka,
penangan sayur kangkung goreng belacan Iwa buat masingmasing
terasa sayu sehingga mengalirkan air mata. Bukan
buat drama sedih tak dapat makan, tapi air mata keluar sebab
tahap kepedasan sayur kangkung goreng belacan Iwa
memang malatop!!! Tapi best!!! Kira okeylah dapat makan
ayam goreng dengan sayur kangkung goreng belacan hari
ini.
Kalau tak, layan mi segera ajalah. Dalam seminggu
macam tak lengkap hidup jika tidak makan mi segera.
Sampai Cik Anis Fadzdia itu berjaya membawa
gelaran sebagai ‘Duta Mi Sedap’ kerana mi ‘Sedap’ tak pernah
terputus dalam simpanan dia. Dari asrama bawak ke rumah
sewa. Mi ‘Sedap’ dah jadi macam sebahagian makanan ruji
buat Cik Anis Fadzdia.
Mi ‘Sedap’ goreng, mi ‘Sedap’ rebus, martabak mi
‘Sedap’, semua dah rasa. Yalah... kalau balik kerja, masingmasing
dah penat tak larat nak masuk dapur. Kalau dah lapar,
bedal sahajalah mi segera yang senang, cepat, mudah dan
enak dimakan.
Tapi tak tipu, tekak masing-masing sebenarnya dah
naik muak telan mi segera. Kalau sudah darurat nak buat
macam mana, terpaksa belasah sahajalah apa yang ada. Biskut
kering dengan air suam pun jalan aje.…
"LEEYA, tadi lunch kau pergi mana?" Anis bersuara dari arah
belakang.
Aleeya yang sedang mencuci pinggan mangkuk
berpaling menghadap Anis di belakang. Dilihatnya Anis
sedang tersengih-sengih sambil menyandarkan dirinya pada
kabinet dapur. Kemudian dia berpusing balik menghabiskan
basuhannya tadi. "Tak pergi mana-mana."
Lancar mulut mengarang ayat menipu sebab takut
terkantoi dengan Anis.
Anis mengerut dahi. Kemudian dia tersenyum.

Ooo… cik kak ni nak ketuk aku konon! Macamlah aku tak
kenal kau. "Habis tu, yang aku nampak dekat McD Alamanda
tu siapa?"
Cawan yang dibasuh diletakkan di atas rak pinggan.
Segera Aleeya berlalu ke hadapan. Dia melabuhkan punggung
di atas sofa.
Iwa sedang elok bersila di atas karpet sambil
menyelak-nyelak majalah Wanita.
Anis terasa macam nak baling sahaja kuali yang
elok-elok tergantung di tepi tingkap dekat Aleeya sebab
membiarkan soalannya tadi tidak berjawab. Dia terus ikut
Aleeya ke hadapan lalu duduk bersebelahan dengan Aleeya di
atas sofa. Dia membetulkan duduk menghadap Aleeya yang
masih dengan muka yang selamba seperti tiada apa-apa yang
berlaku.
"Leeya, baik kau cakap dengan aku cepat. Kau
keluar dengan siapa tengah hari tadi?"
Sekali lagi Anis cuba bertanya.
Iwa yang elok-elok tengah menyelak majalah
Wanita tadi terus menutup kalam lalu menghadap Aleeya dan
Anis seperti ada sesuatu yang menarik buat dia tertarik untuk
mendengar sekali.
"Keluar McD Alamanda lunch tadi? Apa kau cakap
ni? Confuse aku!"
Aleeya masih lagi cuba berlagak bersahaja. Cuba
lagi berselindung. Alat kawalan ditekan. Saluran AXN menjadi
pilihan.
Isy!!! Anis mendengus geram. "Sekejap."
Mencicit dia berlari masuk ke dalam bilik. Selang
beberapa saat Anis keluar semula dengan telefon bimbit di
tangan. Dia duduk di atas lantai bertentangan dengan Iwa.
Telefon bimbit di tangan ditekan-tekan. Kemudian dia
menunjukkan sesuatu yang tertera pada skrin telefon
bimbitnya itu kepada Iwa.
Iwa ternganga dengan mata tidak berkelip-kelip.
Telefon bimbit itu ditala ke muka Aleeya dekatdekat.
Terbeliak mata Aleeya melihat gambar yang elok
terpampang pada skrin telefon bimbit milik Anis itu.
Sudah terang-benderang dengan cahaya spotlight,
lagi mahu disuluh guna lampu torchlight. Dah terang-terang
yang dalam gambar itu aku tengah makan berdua, takkan nak
kata itu mungkin pelanduk dua serupa. Haru! Aleeya
menggetap bibir. "Sejak bila kau tukar profesion jadi
mamarazi pulak ni?"
"Sejak bila aku tukar profesion itu bukan
masalahnya. Sejak bila kau pandai keluar makan berdua-dua
tak bagi tau kita orang, tu yang aku nak tau sebenarnya.
Siapa mamat tu?"
Anis mengukir senyum segaris di pinggir bibir.
Sungguh siang tadi rasa macam nak terkeluar biji mata bila
ternampak Aleeya boleh duduk berdua dengan seorang lelaki
di Restoran Mc Donald’s Alamanda. Sebab sesaja nak bukak
cerita pada malam Rabu yang boring ini, sengaja dia
mengambil gambar Aleeya yang pada waktu itu sedang sibuk
bersembang dengan teman barunya, sehingga Aleeya tidak
perasan kehadirannya di situ.
Rasanya itu bukan teman sepejabat Aleeya kerana
Aleeya pernah cakap dulu yang dia sentiasa berpegang pada
satu prinsip bahawa dia tidak akan menjalinkan hubungan
hati dan perasaan dengan teman satu pejabat. Katanya untuk
mengelakkan menjadi skandal dalam office yang boleh
menjadi topik hangat bahan gosip. Memang kena dielakkan.
Itu semua pada Aleeya hanyalah publisiti murahan
semata-mata. Jika Aleeya masih lagi berpegang teguh pada
prinsip yang satu itu, siapakah lelaki yang makan semeja elok
bersembang dengan Nurul Aleeya tengah hari tadi? Itu yang
timbul big question mark di dalam kepala ini.
"Zain," jawab Aleeya pendek.
Anis mengerut dahi.
"Zain?" Anis bertanya kembali. Siapa itu Zain? Ayah
kepada Ziana Zain, Anuar Zain atau Nora Zain.
"Zain mana pulak ni?"
Belum sempat Aleeya menjawab soalan Anis tadi,
Iwa terlebih dahulu memotong.
"Mohd. Zain. Aku ‘ter’kenal dia masa aku jadi mak
andam dekat rumah pengantin hari tu."
Sengaja Aleeya menekankan imbuhan ‘ter’ itu
supaya Anis dan Iwa tahu yang perkenalan di antara dirinya
dengan Zain itu adalah secara tidak sengaja.
"Lepas tu?" Anis bertanya lagi.
"Lepas tu kita orang kenallah. Tapi mula-mula
tegang sikit sebab dia berlagak poyo control macho depan
aku."
"Lepas tu?" Iwa sudah mula tunjuk minat hendak
mendengar cerita yang seterusnya.
"Lepas tu masa nak balik sini, aku ‘ter’serempak
dengan dia dekat R&R Tapah masa nak beli buah jambu."
Sekali lagi perkataan ‘ter’ itu ditekan kuat.
Anis sudah menongkat dagu.
"Lepas tu?" Dia tanya lagi.
"Lepas tu dia ajak makan sekali. Aku pun joinlah
semeja dengan dia."
"Lepas tu?" tanya mak cik ni lagi.
"Lepas tu nak balik, dia mintak nombor telefon aku.
Aku pun bagi ajelah."
Belum sempat Anis bertanya lagi, Iwa sudah
terlebih dahulu memotong, "lepas tu?"
"Lepas tu pagi tadi dia call ajak lunch sama-sama.
Aku tolak sebab aku banyak kerja."
"Lepas tu?" Anis macam dah tak sabar nak tahu apa
yang jadi seterusnya. Excited semacam.
"Lepas tu Kak Wahida yang jaga kaunter lobi call
aku. Kata ada orang cari aku. Aku pun turun, sekali tengok
mamat tu dah tegak berdiri. Dia paksa jugak aku temankan
dia lunch."
"Lepas tu?"
Soalan yang sama juga keluar dari mulut Anis.
"Lepas two, three... lepas three, four. Banyaklah kau
punya lepas tu, lepas tu, lepas tu."
Kusyen kecil dibaling ke muka Anis. Terus Aleeya
angkat punggung dari sofa dan berlalu masuk ke dalam
biliknya. "Aku nak tidur. Good night."
"LEEYA turun. Ada orang nak jumpa."
Suara Kak Wahida di hujung talian bergema di
gegendang telinga. Sudah secara azalinya sejak aku
menjejakkan kaki masuk ke dalam Jabatan Peguam ni, suara
dia memang macam tu. Kuat semacam kalau bercakap
dengan orang.
Berkerut dahi Aleeya. Siapa pulak yang nak jumpa
aku time-time orang tengah sibuk nak pergi lunch ni?
hatinya berdetik.
Takkan Anis datang sini guna protokol, ikut etika
hantar pesan pada Kak Wahida? Biasanya mak cik tu kalau
datang office aku, buat muka selamba macamlah dia itu ahli
keluarga AGC sedangkan pejabat dia elok tersergam indah
berhadapan dengan bangunan pejabat aku ini. Bukankah
MOSTI berjiran dengan AGC? Biasanya kalau Anis datang ke
sini, dia main tinggal IC, ambil pas pelawat, terus redah
masuk pejabat aku. Mana tau nak telefon dulu sebelum
masuk. Memanglah dia ikut peraturan tinggal IC, ambil pas
pelawat... tapi yang selamba redah masuk pejabat aku tu yang
buat aku tak berapa selesa.
Tapi kalau iya pun Anis yang datang, dah tentu
dengan jelas-jelas Kak Wahida akan sebut nama Anis, sebab
Kak Wahida memang kenal sangat dengan minah MOSTI
yang seorang itu.
Aleeya masih berteka-teki ketika kaki sedang
menapak menuju ke lobi. Siapakah gerangan yang datang ke
pejabat time macam ini?
Tiba di lobi, Kak Wahida menjuihkan bibirnya ke
arah gerangan orang yang masih setia menanti.
Macam nak terkeluar biji mata bila orang yang
menunggu ketibaan tuan puteri turun berpaling menunjuk
muka. "Zain!"
Gulp! Aleeya menelan air liur yang terasa sedikit
kelat apabila Zain perlahan-lahan mengatur langkah
menghampirinya. Aleeya membulatkan matanya tatkala
melihat Zain tersenyum meleret, senyuman yang tidak dapat
ditafsirkan apa maksudnya itu. Dia ni memang teringin nak
kena baling dengan sepatu high heel warna hitam jenama
Vincci yang aku pakai. Buat muka toya macam tak tau apa
yang dibuat ini namanya salah walaupun tak akan ditangkap
dengan pak polisi. Main serbu office aku tak bagi tahu dulu.
"Zain, apa kau buat kat sini?"
Rendah Aleeya menuturkannya. Takut jika ada yang
mendengar perbualan di antara mereka berdua. Lagi
menakutkan, sampai buat bulu roma semua berdiri tegak jika
ada office-mate yang nampak dia bersama dengan seorang
lelaki yang entah dari mana-mana datangnya.
"Nak jumpa kaulah. Pagi tadikan dah cakap nak
lunch together-gether."
Selamba - macam tak ada apa-apa sahaja lagak gaya
Zain menuturkannya.
Aleeya rasa seperti mahu bertukar menjadi
anaconda. Mahu ditelan Zain hidup-hidup. Rasa-rasanya pagi
tadi dengan jelas, terang dan nyata aku cakap dekat dia lain
kali. Lain kali. "Aku cakap lain kali, kan?"
Suara Aleeya sedikit menekan tetapi alunan suara
masih dalam keadaan terkawal.
Zain hanya tersenyum. Lucu melihat muka Aleeya
yang tegang kerana menahan geram. Memang dia sengaja
membuat last minute plan. Alang-alang dia ada kerja di
Putrajaya, lebih baik singgah sebentar di Jabatan Peguam
Negara. Singgah sebentar berjumpa Cik Nurul Aleeya. Bukan
dia punya masalah sound trouble tak dengar apa yang Aleeya
katakan di dalam telefon pagi tadi. "Jomlah cepat. Orang dah
ramai serbu kafe tu."
Aleeya menggetap bibir. Mata dijulingkan ke atas.
Aleeya masih mendiamkan diri. Jari telunjuk dihalakan ke
arah kafe.
Zain mengangguk.
Otak Aleeya ligat berfikir. Hah!!! "Alamanda. Tunggu
kejap aku pergi ambil beg dekat atas."
Satu nafas tanpa henti Aleeya mengeluarkan katakata
berbau seperti satu arahan yang wajib dipatuhi. Pantas
Aleeya terus menuju ke pintu lif untuk naik ke atas.
Memanglah Zain ini suka buat ikut rentak kepala dia aje.
Aleeya mendengus geram. Ngeee….
Senyum tak lekang di bibir Zain tatkala mengekori
langkah Nurul Aleeya ke pintu lif.
Budak perempuan keras kepala macam ini jangan
diikutkan sangat kerenahnya. Dia tak nak, aku paksa! Zain
berkata-kata di dalam hati.
Di dalam kereta dua-dua hanya diam membisu
membatukan diri. Sesekali Zain menjeling dengan ekor mata
penumpang di sebelah. Monyok semacam. Nasib tak bertukar
jadi momok. Muncung pun dah panjang sedepa. Bukan. Tapi
dah panjang dua depa. Mesti tak puas hati pasal tadi. Zain
mengukir senyum di pinggir bibir.
"Ini apa hal tiba-tiba senyum sorang-sorang ni?"
Aleeya bertanya. Entah apa yang Zain tengah fikir sekarang
ini pun Aleeya tidak tahu.
Mendengar soalan yang tiba-tiba terkeluar itu,
segera senyuman tadi dimatikan. "Mana ada! Oho… kau curicuri
tengok aku ek?"
"Huh! Tak ada sebab aku nak curi-curi tengok muka
kau tu!"
Geram Aleeya dengan Zain. Tak pasal-pasal aku
dituduhnya cuba curi-curi pandang wajah dia.
Eleh, dia ingat muka dia encem sangat apa? getus
Aleeya di dalam hati.
Pecah ketawa Zain melihat muka Aleeya yang sudah
mula merona merah. Lawak betul. Lagak macam batu brutal,
rock kapak, heavy metal... tapi baru kena usik sikit macam
tu, muka dah naik merah.
"Alah, aku tak kisah kalau kau nak tengok muka
aku selalu pun. Tengoklah… tengoklah...."
Lagi galak Zain ketawa sambil mukanya ditala ke
arah Aleeya.
Aleeya mendengus geram. Ngeee... Aku debik
karang baru tau! "Zain, tengok jalanlah. Kau ni tengah drive
pun lagi boleh buat lawak bodoh."
Sakit jiwa kerana terpaksa naik satu kereta dengan
orang macam ni. Tak tau ke yang dia tu tengah bawak anak
dara orang? Hati-hatilah sikit. Cubalah ingat, yang aku ni
belum kahwin lagi.
Zain buat dek aje dan dia terus tersenyum.
"NAK makan kat mana ni?" soal Zain sambil matanya melilau
memerhatikan keadaan sekeliling.
"Fast food ajelah," cadang Aleeya.
"Wah!!! Tekak mat salih," gurau Zain.
"Apa mat salih-mat salih?" Aleeya angkat kening.
"Gurau sikit pun tak boleh," kata Zain bersahaja.
Aleeya malas mahu melayan merapu Zain. Perut
sudah lapar. "Fast food paling senang. Biasa time lunch
macam ni food court penuh."
"Okey."
Aleeya dan Zain menuju ke Restoran McDonald’s.
"Makan ma’am?" Zain bertanya.
"Aku nak makan Big Mac. Tapi aku tak nak kecil,
tak nak medium, aku nak large set punya sebab kau
bermurah hati sangat nak belanja aku makan hari nikan?"
"Huish... badan cekeding, tapi kuat makan," perli
Zain sebelum ke kaunter untuk membuat pesanan.
Seketika kemudian Zain datang sambil menatang
dulang yang berisi makanan. "Nah. Kau punya."
Zain menyuakan burger Big Mac kepada Aleeya.
Big Mac telah pun bertukar tangan.
"Zain, lain kali janganlah buat macam ni. Malu
aku," tutur Aleeya rendah sebelum burger di tangan masuk
ke dalam mulut.
Zain terdiam sejenak. Kemudian dia mengunyah
burger di dalam mulut. Coke di depan disedut. "Kenapa
pulak?"
Susahnya nak fahamkan Mat Zain ini. Dah guna
bahasa Melayu standard pun dia tak boleh nak pick up lagi
ke? Karang kalau kata slow keterlaluan pulak. Padahal dah
jadi engineer pun.
"Kau ni tak faham ke atau buat-buat tak faham?"
Frekuensi suara dinaikkan sedikit.
"Tak eloklah kalau kau datang office aku macam
tadi. Nanti apa orang kata...."
Kali ini nada suara sudah direndahkan sedikit. Dari
high key kepada low key. Harap-harap dengan taktik
berlembut ini bolehlah Zain faham.
"Akukan kawan kau," balas Zain.
Jelas sekali Zain masih tidak faham. Aleeya
mengeluh.
"Kalau kawan aku, tolonglah dengar cakap aku.
Jangan buat lagi ek?" Aleeya separuh merayu.
"Yelah... yelah. Okey bos."
Aleeya tersenyum. Akhirnya dia paham jugak
bahasa Melayu yang aku guna ini.
Aleeya sendiri tidak faham mengapa dia boleh
dengan rela hati pergi makan tengah hari dengan Zain hari
ini. Mereka berdua kenal belum sampai seminggu, tetapi
sudah pandai makan bersama, duduk semeja, bercerita entah
apa-apa. Kawan. Ya. Aku keluar dengan Zain atas dasar
kawan.
Kawan??? hati Aleeya terdetik.
"Ya... kawan." Aleeya berkata sendiri menjawab
soalan dari hati.
Atau...? hatinya berdetik kembali.
Stop Aleeya. Berhenti berfikir tentang dia.
Kenangan lama hanya buat hidup kau kembali terseksa.
Nampaknya aku memang kena tidur. Cepat Nurul Aleeya.
Kira satu sampai seratus. Kalau sampai seratus pun masih
tidak boleh lena lagi, kira satu sampai dua ratus, tiga ratus
dan bla... bla... bla... Get. Set. Go!!! Satu, dua, tiga, empat,
lima… krohhh… krohhh….

0 comments:

Post a Comment