BAJU PENGANTIN MAK ANDAM

Novel Dari Areila Sahimi

APA KATA HEROIN?


"Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba mana pun aku Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba part nak luahkan isi hati." ~Aleeya~

APA KATA HERO?


"Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa." ~Zain~

Baju Pengantin Mak Andam - 12

"LAMBAT." Sepatah Cikgu
Azizul berkata kepada pelajar
yang datang lewat itu.
"Sorry cikgu. Hari ini saya ‘ter’bangun lambat."
Orang yang bersalah memang pandai bagi alasan
yang bermacam-macam bunyi.
"Bangun lambat tak sembahyang subuh la pagi
tadi?" Cikgu Azizul bagi sebijik.
Alamak… kantoi. Apa alasan mahu kasi ni? Aleeya
terfikir-fikir mencari jalan.
"Saya tengah... tuuuttt…." Aleeya cuba mengelak
ke tepi.
Gamat satu kelas 5 Sains 2 mendengar jawapan dari
mulut Aleeya. Jawapan yang tidak disangka-sangka.
Kroni sehati sejiwa Aleeya, masing-masing tepuk
dahi.
Bad, Yas, Haikal, Mail tekan perut menahan ketawa.
"Berapa kena hari ni?" Cikgu Azizul bertanya
kembali. Masak sangat dengan perangai Aleeya yang cukup
pandai mereka alasan.
"Tujuh kupang cikgu." Aleeya selamba menjawab
dengan muka tidak beriak macam tidak ada apa-apa yang
terjadi.
"Tujuh kupang?" soal Cikgu Azizul, memandang
muka yang langsung tidak berperasaan itu.
Aleeya mengangguk. Malas berbicara dengan cikgu
muda encem bergaya menambat hati ini.
Cikgu Azizul melepaskan keluhan lemah. Apa nak
jadi dengan pelajar yang seorang ini. "Awak ni... memanglah
tak sayang duit. Buang macam tu aje. Duit tu parents awak
bagi suruh buat belanja makan, awak dengan bermurah hati
buat bayar kompaun datang lambat."
Aleeya mula buat muka bosan. Buat amal jariah
pun salah jugak ke? Sekurang-kurangnya bertambah juga
duit dalam tabung kebajikan di sekolah ini.
"Dah peraturan siapa datang lambat kena bayar
kompaun. Nak buat macam mana! Nasib badanlah...."
Aleeya masih punya modal untuk menepis soalansoalan
Cikgu Azizul itu tadi. Apalah sangat dengan ayat-ayat
Cikgu Azizul ini. Small the pieces la semua tu.
Keadaan di dalam kelas 5 Sains 2 masih lagi bising
dengan suara para pelajar yang menjadi pendengar setia sesi
soal jawab Cikgu Azizul Izlan dengan seorang pelajar yang
bernama Nurul Aleeya itu.
"Class senyap!!!"
Satu arahan keluar dari mulut Cikgu Azizul.
Sungguhlah budak-budak 5 Sains 2 ini... tak makan saman
punya student. Tak ada law betul! Dah ditegur berkali-kali
pun perangai masih tak berubah. Apalah nasib aku terpaksa
menjadi ibu bapa student yang keras kepala, tak mendengar
kata, suka-suka hati nak buat apa saja ni....
Aleeya terus menuju ke tempat duduknya di
belakang kelas apabila Cikgu Azizul memberikan kebenaran
untuknya berbuat demikian. Dia menarik nafas lega seperti
baru selesai menjalani tempoh perbicaraan sahaja lagak
gayanya. Dada diurut perlahan. Selamat….
"Cik, apa kes lambat?" Nana yang duduk
bersebelahan dengan Aleeya bertanya.
Abab dengan Julia yang duduk di hadapan mereka
berdua segera menoleh ke belakang untuk sama-sama join
semangkuk. Hajat di hati untuk sama-sama buat ketupat
daun palas di dalam kelas matematik Cikgu Azizul.
Aleeya memandang Nana.
"Aku kantoi lagi." Separuh berbisik Aleeya
menjawab soalan Nana itu tadi.
Nana mengerut dahi.
Abab dan Julia masih menjadi pendengar setia.
"Tiap-tiap hari kau kantoi, cik. Tapi sebelum cikgu
masuk kelas, kau dah tersedia duduk diam-diam dekat
bangku kau ni. Tapi hari ni sampai setengah jam kau terlewat,
apa kes?" Abab pulak ambil turn bertanya pada pesalah yang
hari-hari melakukan kesalahan yang sama itu.
Aleeya mengeluh perlahan. Buku matematik
diletakkan di atas meja. Pen mula menari di atas helaian
buku tulis menyalin soalan yang tertera di papan hitam.
Kemudian dia kembali memandang wajah teman-temannya
yang tidak sabar-sabar ingin mengetahui cerita yang
seterusnya.

"Kedai tutup lambat semalam. Habis tu, penat
punya pasal, aku pun terlajak tidur. Sampai pintu pagar
sekolah, pengetua punya cun dah stand-by macam tiang
bendera. Kalau setakat dengan pengawas, bolehlah aku
goreng. Ini dengan Tuan Haji Syed Izzudin. Ketar lutut aku
ni."
Perlahan Aleeya menceritakan apa yang telah terjadi
dengan dirinya pada pagi tadi. Bersungguh-sungguh dia
menggayakan cara Tuan Haji Syed Izzudin di depan pintu
pagar tadi. Tangannya memegang kepala lutut yang sengaja
digerak-gerakkan macam orang yang tiba-tiba terkena
penyakit Parkinson akibat terserempak dengan hantu Mak
Lampir.
Tak tau apa punya malang nasib diri, kena denda
berganda-ganda daripada hari biasa. Baik punya denda Tuan
Haji Izzudin bagi pada sesiapa yang datang lewat pagi ini. Set
happy meal Tuan Haji bagi setiap seorang. Kompaun tujuh
kupang plus jalan itik dua puluh pusingan mengelilingi
Dataran Kejat SMK Kampung Pasir Puteh. Macam nak
tercabut skru lutut terpaksa berjalan macam itik sekali siap
dengan bunyi kuek!!! kuek!!! kuek!!! lagi. Maunya tak malu?
Pulak tu aku ni ‘itik betina’ tunggal dalam grup tu!
"Yang belakang tu ada apa-apa yang menarik ke nak
dikongsi dengan semua?"
Suara Cikgu Azizul muncul tiba-tiba. Bertanya
soalan direct to the point buat pakatan berempat yang duduk
di belakang kelas itu.
Amboi-amboi... Sedap nampaknya budak berempat
ini buat ketupat daun palas dalam kelas aku. Macam tak ada
kerja yang kena buat. Makin nak dekat exam, makin mainmain.
Entah bila dia orang boleh jadi serius dalam pelajaran.

Takkan nak tunggu esok nak periksa, malam ini baru nak
bukak buku, Cikgu Azizul bermonolog di dalam hati sendiri.
Abab dan Julia cepat-cepat buat lipat maut,
menoleh ke hadapan semula. Serentak mereka berdua
menggeleng. "Tak ada apa-apa, cikgu."
"Alah cikgu, tu bukan apa tu. Sibuk bercerita la tu.
Pagi tadi bukan ke ada ‘anak itik’ sesat terlepas kat Dataran
Kejat."
Din Mercun yang duduk di bahagian hadapan kelas
tiba-tiba buka mulut bagi ayat berapi terkena tepat pada
batang hidung, masuk ke dalam lubang telinga Aleeya.
Satu kelas bersorak. Gamat jadinya keadaan di
dalam kelas 5 Sains 2 itu.
Memang berasap telinga orang yang kena tuju
dengan ayat berapi kari berasap itu tadi. Aleeya mengangkat
kening sebelah. Itu tanda temperature dah mula naik. Hot.
Hot. Hot. Hot. Sabar. Sabar. Bersabar itu separuh daripada
iman. Tapi rasanya, angkara Din Mercun ini, tahap kesabaran
iman aku dah mula kurang dari separuh ini. Ngeee….
"Kelas! Bertenang semua."
Cikgu Azizul cuba menenangkan keadaan kelas
yang sudah jadi seperti Pasar Besar Ipoh itu.
Muka Aleeya masih masam mencuka menahan rasa
geram pada Din Mercun. Matanya tidak lepas dari
memandang Din Mercun yang duduk di hadapan.
Masuk toilet pergi melepas, tunggulah… sikit lagi
aku balas, Aleeya buat pantun dua kerat di dalam hati.
Tangan Aleeya meraba-raba mencari sesuatu dari
dalam beg sekolah Adidas berwarna hijau miliknya. Satu
plastik kecil yang mengandungi seekor lipas sudah siap sedia
di atas telapak tangan. Aleeya memandang Nana di sebelah
sambil menunjukkan lipas yang tengah bergerak-gerak untuk
melepaskan diri di telapak tangan.
Nana hanya tersenyum sambil mengangguk.
Dua pasang mata milik Aleeya dan Nana tertumpu
pada Din Mercun yang masih lagi tersenyum sumbing macam
anak kambing baru lepas menyusu.
Macamlah aku tak berani nak buat kerja-kerja jahat
ini semua, Aleeya berkata di dalam hati.
Langkah pertama nak menjalankan misi yang tak
berapa nak mustahil ini adalah angkat tangan.
"Cikgu saya tak faham soalan nombor dua."
Baru Cikgu Azizul mahu membuka mulut untuk
menjawab soalan daripada Aleeya, tiba-tiba Julia pula
mengangkat tangan.
"Saya pun tak paham, cikgu." Semangat Julia
berkata.
Berhasil-berhasil... Good job Julia, puji Aleeya di
dalam hati.
Yes!!! Langkah kedua selesai.
"Kita orang pun tak paham jugak." Yas dengan Bad
berkata serentak selepas mendapat isyarat mata daripada
Nana.
Ini yang tak berapa nak faham. Macam mana extra
dua orang boleh masuk dalam ini mission impossible? Apaapa
ajelah. Janji jangan bagi spoil programme.
Cikgu Azizul mengerut dahi. "Kalau ramai yang tak
faham, saya akan terangkan di atas papan hitam. Tolong beri
perhatian."

Ha ha ha ha ha… chantek!!!
Kita ke langkah yang seterusnya.
"Cikgu."
"Ya saya."
Aleeya tersenyum penuh makna. "Papan hitam tu
dah penuh bertulis. Saya tolong bersihkan dulu ek."
Aleeya sukarela tanpa perlu dipaksa menjadi
pembersih papan hitam.
"Okey." Ringkas Cikgu Azizul menjawab.
Semuanya berjalan seperti dalam perancangan.
Next step.
Perlahan-lahan Aleeya berjalan ke hadapan kelas.
Sampai di sebelah kerusi Din Mercun, Aleeya mematikan
langkah untuk mengikat semula tali kasut yang sengaja
dileraikan tadi.
Din Mercun hanya memandang dengan senyuman
sinis yang memekar di bibir.
Ooo... senyum ek. Kau tunggulah turn kau nanti,
Aleeya berkata di dalam hati.
Akhir sekali....
Dengan perlahan-lahan Aleeya meletakkan lipas
tadi di dalam kasut kanvas Din Mercun itu. Aleeya berdiri dan
terus berjalan ke hadapan. Tangan mula ligat memadam
papan hitam. Dan… tiba-tiba….
Yess!!! Berjaya! Misi selesai. Hu hu hu hu….

0 comments:

Post a Comment