BAJU PENGANTIN MAK ANDAM

Novel Dari Areila Sahimi

APA KATA HEROIN?


"Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba mana pun aku Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba part nak luahkan isi hati." ~Aleeya~

APA KATA HERO?


"Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa." ~Zain~

Baju Pengantin Mak Andam - 14

"LEEYA, malam tadi kau tidur
pukul berapa? Aku pergi bilik
air, tengok lampu bilik kau
terang-benderang lagi." Iwa bertanya kepada Aleeya yang
duduk membonceng di belakang EX5 miliknya.
Nak jimat punya pasal, sanggup aje mereka berdua
meredah hujan panas menaiki motosikal untuk ke UKM.
Macam biasa, kalau dah buat keputusan nak pergi UKM
dengan menaiki motosikal, Iwalah yang akan menjadi
penunggang setia. Aleeya akan sentiasa menjadi pembonceng
yang hanya duduk di belakang.
Bukan apa. Aleeya punya rasa fobia, takut hendak
menunggang motosikal selepas peristiwa dia terjatuh
motosikal seminggu sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia berlangsung.
Bukan main lagi mak melenting, marahkan Aleeya.
Nasib tidak ada kecederaan serius. Cuma badan luka-luka dan
sengal-sengal sahaja.
Abah malas nak bising-bising. Selagi tak patah riuk
badan anak dara yang seorang itu, dibiarkan sahaja. Cakap
banyak pun bukan Aleeya mahu mendengar kata.
Tetapi selepas kejadian itu, memang Aleeya fobia
habis nak menunggang motosikal. Setakat menjadi
pembonceng, digagahkan jua. Ajal maut itu di tangan Tuhan.
Apa-apa pun, tawakal ajelah kalau dah ada di tengah jalan
raya.
"Apa dia?"
Aleeya bertanya kembali kerana kurang jelas butir
percakapan Iwa tadi. Tengah-tengah jalan raya dia diajak
bercerita dengan suara romantik macam tu! Pakai mikrofon
pun belum tentu boleh dengar kalau dah ada lori besar lalu
dekat sebelah.
"Aku tanya, malam tadi kau tidur pukul berapa?"
Iwa menaikkan frekuensi suaranya lagi. Macam nak
terkeluar anak tekak. Kalau Aleeya tak dengar jugak,
memanglah sah dah sebulan tak korek telinga.
"Aku tidur lewat sikit dari engkau."
Aleeya jugak tak mahu kalah dengan Iwa. Macam
pertandingan suara siapa paling kuat pulak.
"Ek...?" Iwa tersenyum.
"Ini apa kes senyum sorang-sorang ni?" Aleeya
bertanya apabila anak matanya melihat Iwa menguntum
senyuman segaris melalui cermin sisi motosikal.
"Concentrate la wei. Kau ni...."
Aleeya mendengus geram. Ada ke tengah-tengah
jalan raya yang sesak ini diajaknya bergurau senda. Sekeh
karang baru tau!
Iwa hanya membiarkan kata-kata Aleeya itu terbang
di angin lalu. Suka hati akulah nak senyum ke nak menangis
ke. Aku senyum pun nak dijadikan isu. Motosikal dihala
masuk ke pintu pagar utama UKM.
Setelah motosikal diparkir di tempatnya, Aleeya dan
Iwa berjalan beriringan menuju ke blok akademik.
"Kalau aku lambat nanti, kau tunggu aku dekat kafe
ek?"
Sempat Iwa berpesan kepada Aleeya sebelum keduaduanya
membawa haluan sendiri masuk ke bilik kuliah
masing-masing.
"Lambat sangat ke?" Aleeya bertanya.
Berapa jam kena tunggu mak cik yang seorang ini
habis kuliah? Janganlah sampai senja aku kena jadi penunggu
setia dekat kafe UKM ni.
"Tunggu ajelah. Kalau boring dengarlah MP3. Apa
susah? Tak pun pergilah SMS, main ayat power dengan
member-member lama kau."
Iwa terus berlalu meninggalkan Aleeya yang masih
terpinga-pinga.
ALEEYA masih setia menanti Iwa di kafeteria UKM. Sudah
masuk dua jam dia menjadi penunggu di situ. Tetapi orang
yang ditunggu masih belum menampakkan batang hidungnya
lagi.
Kalau Presint 11 tu sebelah aje dengan UKM ni, dah
lama dah aku balik jalan kaki sendiri. Dah tentu penat. Tapi,
tak adalah penat menunggu orang macam sekarang ni, Aleeya
merungut di dalam hati.
"Assalamualaikum."

Aleeya mengangkat kepala memandang ke wajah
orang yang memberi salam. Seorang lelaki yang lebih kurang
sebaya dengan Aleeya sedang tersenyum. Salam yang
dihulurkan disambut berserta senyuman terukir di bibir.
"Waalaikumussalam," jawabnya sepatah.
"Boleh saya duduk di sini?" Sopan tutur kata lelaki
itu bertanya.
Aleeya hanya mengangguk.
"Awak tak kisah ke?" Dia bertanya lagi.
Aleeya tersenyum tatkala melihat raut wajah lelaki
itu yang kelihatan serba salah untuk berkongsi meja
dengannya. Meja lain sudah penuhi dengan mahasiswa
mahasiswi lain yang sibuk menelaah pelajaran di dalam
kawasan kafeteria.
"Duduklah. Kan ke sini tempat awam? Awak bebas
nak duduk kat mana yang awak suka," balas Aleeya.
Lelaki tersebut duduk berhadapan dengan Aleeya.
Buku dari dalam beg galas yang disandang tadi dikeluarkan.
Pen di tangan mula menari, menulis nota-nota ringkas
tentang isi penting yang terdapat di dalam buku setebal
hampir dua inci itu. Sesekali matanya melirik nakal melihat
gelagat Aleeya. Leka benar gadis itu melayan MP3nya.
Sesekali terdengar juga gadis ini menyanyi kecil, mengikut
irama lagu yang sedang didengarinya.
"Halo…"
Lelaki itu melambai-lambaikan tangannya ke muka
Aleeya.
Ini apa hal pulak ni? Kalau tercucuk biji mata aku
dengan jari mamat ni tadi, mahu aku saman satu juta. MP3
segera dimatikan.

"Ada apa?" Aleeya bertanya.
"Awak tak studi ke? Biasa yang datang melepak
dekat kafe ni semua pakat buat revision ramai-ramai."
Aleeya mengerut dahi. Apa masalah mamat ni? Aku
punya pasallah nak studi ke tak. "Saya ganggu awak studi
ke?"
Aleeya tidak menjawab soalan lelaki itu, sebaliknya
diberi balik soalan untuk lelaki itu jawab.
Lelaki itu menggeleng. "Actually, nama saya Adam
Mikail. Awak student baru ke kat sini?"
"Saya Aleeya. Nurul Aleeya. Saya student tahun dua
di sini."
"Hmmm... Tak pernah nampak pun awak sebelum
ni. Duduk di kolej atau luar?"
Banyaknya soalan kena jawab. Terasa diri macam
kena soal siasat dengan polis dekat Bukit Aman aje.
"Saya PJJ student. Tu sebab jarang nampak kut."
Adam tersenyum. "Owwwhhh... So awak ni dah
kerja la ek?"
Aleeya hanya mengangguk.
"Best la macam tu. Muda-muda dah kerja."
"Bolehlah." Aleeya menjawab malas.
"Tapi awak nampak muda. Umur berapa?" Adam
bertanya lagi. Terasa seronok pulak bersembang dengan awek
yang baru dikenali ini. Sweet. Lain daripada yang lain.
"Twenty two going on twenty three." Aleeya
menjawab ringkas.
"Saya twenty three going on twenty four." Tanpa
ditanya Adam memberitahu umurnya kepada Aleeya.

"Tak tanya pun." Aleeya berkata sambil ketawa.
Memang pun aku tak tanya. Yang sibuk-sibuk, susah payah
nak bagi tau umur dia tu kenapa? Ada aku kisah ke?
Adam tersenyum. Pandai juga gadis yang
memperkenalkan diri sebagai Aleeya ini kenakan ‘Bang-Bang-
Boom’ dekat aku.
"Awak ambik course apa kat sini?" Adam masih lagi
meneruskan sesi beramah mesra, suai kenal dengan Aleeya.
"Kosmetik, kosinus, Bas Ekspres Konsortium..."
Aleeya ketawa lagi. Padan muka! Nak jual ayat la tu dengan
aku.
Adam mencebik. Dia mengeluh perlahan.
"Komunikasi dan Dasar Awamlah."
"Owwwhhh... Patutlah skil komunikasi awak amat
dahsyat," kata Adam sambil tersenyum.
"Awak?"
Tiba giliran Aleeya pula bertanya soalan yang sama
kepada Adam.
"Kosmetik, kosinus, Bas Ekspres Konsortium..."
Adam bagi balik sebijik-sebijik ayat yang sama macam Aleeya
bagi pada dia tadi.
Ngeee… Aleeya menahan geram. Hampa gas tak
ada gas punya budak! Buat siaran ulangan, ulang balik ayat
aku bagi dia tadi apa hal?
"Ek ena... Ni main cedok ayat orang ni apa kes?"
Aleeya mencebik.
Pecah ketawa Adam melihat Aleeya buat mulut itik
panjang sedepa. Agak lucu juga awek yang seorang ini.
"Saya buat engineering."

"Owwwhhh...."
Bulat mulut Aleeya. Siapa sangka aku boleh kenal
dengan dua orang mat engineer. Seorang memang dah
selamat jadi engineer pun. Yang sorang lagi ni, engineer-in
the making. Engineer-wanna-be.
Eh... mana ghaibnya Encik Engineer Mohd. Zain
anak Pak Brahim ni? Tiba-tiba hatinya tertanya-tanya sendiri.
Apa kena dengan hati aku ni? Semalam Zain call, siapa suruh
matikan handphone? Biarlah. Kalau tiba aura Zain nak
mengganggu hidup aku, taulah dia buat missed call.
"Leeya!!!"
Satu jeritan dari arah belakang membuatkan Aleeya
segera berpaling.
Kelihatan Iwa sedang berlari-lari anak menuju ke
kawasan kafeteria sambil melambai-lambaikan tangan ke
arahnya. Turun naik nafas Iwa akibat buat maraton dari bilik
kuliah ke kafe kerana diri sendiri tau yang dia sudah terlewat
tiga jam. Boleh dijangka mulut Aleeya akan bising pot pet-pot
pet sepanjang perjalanan dari UKM balik ke Presint 11 nanti.
"Sorry." Iwa tersengih memandang muka Aleeya.
"Hai." Sapaan buat lelaki yang dia sendiri tidak
kenali itu.
Adam hanya mengangguk.
"Hai," balasnya sepatah.
"Leeya, siapa ni?" bisik Iwa di telinga Aleeya,
bertanyakan siapakah gerangannya anak muda yang samasama
duduk semeja dengan Aleeya ini.
Aleeya menjeling mata ke arah Iwa.
"Iwa, ni Adam. Budak engineering dekat uni ni.
Adam ini Iwa. House-mate saya. PJJ student Komunikasi dan
Dasar Awam jugak. Sama macam saya, tapi dia ni terlewat
satu semester aje." Aleeya bertindak sebagai orang tengah,
menjadi link perkenalan di antara Iwa dan Adam.
Iwa hanya mengangguk dan tersenyum. Dia bukan
tersenyum sebab melihatkan wajah Adam yang ala pelakon
lelaki idaman Malaya, Rosyam Nor itu, tetapi tersenyum
sebab terpaksa menahan geli hati, kembang tekak
mendengarkan Aleeya berbahasa saya - awak dengan Adam.
Bukan ke selalunya minah yang seorang ini guna pakai ganti
diri aku - kau aje.
"Leeya, jom balik. Takkan nak berkampung kat sini
lagi. Aku dah penat ni." Iwa berkata. Nafasnya masih
tercungap-cungap. Macamlah jauh sangat maraton yang dia
buat tadi.
"Banyaklah kau nak berkampung kat sini. Aku dah
tiga jam duduk kat kafe ni menunggu kau. Sampai mak cik
kafe ni pun dah boring tengok muka aku ni tau!" balas
Aleeya.
Iwa tersengih macam kerang busuk. Aduhai... bakal
tadah telingalah kejap lagi ni jawabnya.
"Okeylah Adam. Saya balik dulu. Chow chin
chow...." Aleeya berkata seraya tangan menggalas tote bag ke
bahu.
"Okey. Bila kita boleh lepak-lepak lagi?" tanya
Adam.
Aleeya dan Iwa saling berpandangan. Ingatkan
semuanya akan berakhir di sini sahaja tadi. Kena buat followup
ke? Follow-up okey lagi. Jangan you torai-torai follow me
sudahlah.
"Hari biasa kita orang kerja. Kalau nak lepak
macam ni kena tunggu Sabtu Ahadlah. Kan Leeya, kan?" Iwa

terlebih dahulu menjawab soalan yang keluar dari mulut
Adam itu.
Ngeee... Katok dengan botol air ni karang baru tau!
Suka-suki aje Iwa buat janji dengan Adam tanpa berbincang
terlebih dahulu dengannya.
"Okey." Adam membalas pendek bersama senyuman
terukir di pinggir bibir.
"Okey. Babai...."
Terus Aleeya menarik tangan Iwa dan berjalan laju
menuju ke tempat parkir motosikal.
"TAK sangka aku Leeya, taste kau rupa-rupanya anak ikan."
Iwa membuka butir bicara tatkala masing-masing tengah
sibuk melayan filem P.Ramlee - Masam-Masam Manis di
saluran Astro Prima.
Aleeya mengerutkan dahi.
Anis dan Aida malas ambil pusing.
"Anak ikan mendenya ni?" Aleeya bertanya kembali
kepada Iwa.
Iwa mencebik. "Tu hah. Budak Adam tadi tu. Anak
ikan la tu."
Pecah ketawa Aleeya mendengar Iwa memanggil
Adam yang baru dikenali semasa di kafeteria tadi sebagai anak
ikan barunya.
Anis dan Aida melirik dengan ekor mata.
"Shussshhh!" Aida meletakkan jari telunjuk di bibir
tanda isyarat mintak tolong diturunkan sedikit volume suara
154
Baju Pengantin Mak Andam
agar tidak mengganggu konsentrasi orang lain menonton
televisyen.
Ek ena dia ni…! Aleeya menjuihkan bibir ke arah
Aida.
"Pandai-pandai aje kau ni mengata Adam tu anak
ikan aku. Dia tu tua setahun dari kita tau. Tak ada maknanya
nak jadi anak ikan aku. Jumpa pun secara tak sengaja." Aleeya
menyambung kembali perbualan dengan Iwa tadi.
Iwa mengerutkan dahi.
"Ek?" Kening diangkat meminta kepastian.
Aleeya hanya mengangguk perlahan. Matanya kini
tertumpu pada skrin LCD Sony Bravia, menonton Masam-
Masam Manis. Part gaduh-gaduh dengan orang sebelah ni
yang paling Aleeya suka. Sesekali terdengar Aleeya ketawa
melihat adegan yang mencuit hati.
Iwa seperti tidak puas hati dengan kenyataan Aleeya
tadi. Tangannya menarik lengan Aleeya sedikit dekat
dengannya apabila Aleeya pun sudah join sekali menonton
Masam-Masam Manis dengan Anis dan Aida.
"Apa dia?" tanya Aleeya sedikit kuat. Kemudian
ditekup telapak tangan ke mulut apabila Anis dan Aida samasama
melemparkan jelingan maut ke arahnya.
"Ops... sorry. Out of control." Aleeya tersengih.
"Apa dia?" tanya Aleeya lagi sekali. Tune suara
sudah direndahkan sedikit. Mengiring sedikit ke arah Iwa.
Iwa tersenyum sumbing. "Betul ke mamat tu tua
dari kita? Aku tengok muka macam ‘jambu’ semacam aje.
Sekali pandang macam Rosyam Nor time dia muda-muda
dulu."
Tidak semena-mena Aleeya terasa macam nak
termuntah pulak bila Iwa mengatakan muka Adam itu persis
hero Malaya pujaan hati wanita seluruh bumi Malaysia
negaraku tercinta. Macamlah Rosyam Nor itu jiran sebelah
rumah Iwa. Sampai wajah Rosyam Nor masa mudanya dulu
pun Iwa masih cam.
"Kau dulu sekampung dengan Rosyam Nor ke?
Rosyam Nor tu dulu jiran sebelah rumah kau ke?"
Tak tau macam mana soalan gred B.O.D.O.H ini
boleh terpacul keluar dari mulut Aleeya.
Iwa sekadar tersengih kerang busuk aje mendengar
soalan Aleeya itu. Lantas dia menjawab, "aku tengok Rosyam
Nor muda-muda dulu dalam filem Gila-Gila Remaja la...."
Sah! Rosyamaniac, Aleeya berkata di dalam hati.
"Kalau muka dia ‘jambu’ sekalipun, apa yang kau
susahkan? Entah-entah kau dah ‘ter’bekenan dengan mamat
tu kut?" Aleeya cuba serkap jarang.
Cepat-cepat Iwa menggeleng. "Eh!!! Mana ada."
Pantas dia menjawab. Mukanya sudah jelas naik
merah macam kena blusher cap ayam sahaja rupanya.
"Eleh... Engkau yang berselera anak ikan mengata
aku pulak."
Lagi galak Aleeya mengenakan Iwa.
"Aleeya!!!" jerit Iwa kecil.
"Iwa!!!" Aleeya tidak mahu mengalah.
Gedebuk...!!!
Iwa baling kusyen Pooh ke muka Aleeya.
Aleeya bagi balik kusyen Pooh tadi ke muka Iwa.
Tepat. Kena sebijik.
Iwa tak puas hati. Kusyen Pooh tadi melayang
menuju ke muka Aleeya dan… Aleeya menepis dengan tangan
dan… tersalah sasar terkena batang hidung Anis pula.
"Wei! Apa ni!!!" jerit Anis.
Aleeya dan Iwa saling berpandangan. Kemudian
pecah ketawa mereka berdua melihat hidung Anis sudah
kembang menahan marah.
Alunan irama Umbrella bergema.
Tiga pasang mata tertala kepada tuan empunya
telefon bimbit yang sedang menjerit minta diangkat itu.
"Ye la. Ye la. Aku cakap dalam bilik."
Segera Aleeya berlalu meninggalkan mereka bertiga
yang masih lagi setia menonton Masam-Masam Manis.

0 comments:

Post a Comment