BAJU PENGANTIN MAK ANDAM

Novel Dari Areila Sahimi

APA KATA HEROIN?


"Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku, seselamba mana pun aku Zain, aku masih seorang perempuan. Yang tahu rasa malu bila tiba part nak luahkan isi hati." ~Aleeya~

APA KATA HERO?


"Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau, dia suka teh tarik mamak sekalipun, pada aku dia tetap teristimewa." ~Zain~

Baju Pengantin Mak Andam - 6

NOKIA 6500 SLIDE beralun
irama Umbrella nyanyian
Rihanna menandakan ada
panggilan masuk minta segera dijawab. Skrin telefon bimbit
dilihat. Kak Ana.
“Holla kak.” Aleeya menjawab malas. Mengganggu
sungguh Kak Ana ini. Tak bolehlah tengok orang nak
bersenang-lenang duduk relaks sekejap. Ate tengah duduk
berehat ada sahaja gangguan yang datang.
“Amboi... penat sangat ke?” tanya Kak Ana sedikit
sinis.
“Penat la. Ni pun baru balik rumah. Baru nak
golek-golek atas katil dah terima gangguan teknologi.”
Macam tak paham Kak Ana ni. Buat-buat tak tahu.
Mestilah penat, orang baru balik siapkan kerja dia dekat
rumah orang kenduri tu. Itu pun lagi mahu tanya!
Di hujung talian terdengar suara Kak Ana
mengekek ketawa.
“Golek-golek jangan sampai jatuh tergolek. Ni
mesti kes makan ayam golek kat rumah kenduri tadi ni,”
gurau Kak Ana.
Aleeya... Aleeya. Manja sungguh! Baru buat kerja
banyak itu sudah merungut penat. Itu baru disuruh
mengurus untuk majlis yang tidak berapa besar. Kalau
diminta untuk menguruskan majlis Wedding of The Year, tak
bangun seminggu gamaknya budak yang seorang ini. Kak
Ana geleng kepala.
“Ha ha ha ha... gelaklah lagi!” Aleeya mengajuk
Kak Ana ketawa. Ngeee… akak sorang ni memang mengacau
kedamaian orang sungguh. Mengganggu ketenteraman
awam. Memecah masuk privasi orang.
“Kak Lina call akak tadi. Dia kata you did very well.
Kira dah passlah kalau nak bukak satu lagi cawangan Butik
Seri Pengantin dekat Putrajaya nanti.” Kak Ana memuji.
“Well… you know me. See the leg la kak.” Riak
semacam bahasa yang dipakai.
Aleeya senyum. Senyum bangga. Alamak seyh…
aku dipujilah! Tak salah nak jadi riak kejap. Hidung dah
kembang semacam ni dengar kena puji. Ni kalau Kak Ana
berdiri depan aku ni, mesti kepala kena luku sebab berlagak
riak kerek semacam depan mentor sendiri.
“Poyo. Akak tak habis ayat lagi tadi tu. Kerja okey.
Tapi kenapa lambat datang rumah customer? Nak kena ni!
Bagi reputasi buruk dekat Butik Seri Pengantin. Nasib Lina
tu member kamceng akak dulu. Boleh kawtim-kawtim,”
tegur Kak Ana.
Kalau iya pun kerja bagus, tapi janganlah sampai
hilang disiplin. Aku sendiri tidak pernah terlewat ke rumah
pelanggan.
Aleeya ketawa.

“Masalah yang tak dapat nak dielakkanlah Kak Ana.
Nak buat macam mana? Tapikan kak, sorry to saylah, orang
memang tak berminat nak bukak satu lagi cawangan Butik
Seri Pengantin dekat Putrajaya tu. Tak laratlah. Nak buat
kerja macam ni. Terkejar sana. Terkejar sini. Lagipun orang
bukan berotak business macam Kak Ana. Kak Ana yelah, ada
otak putar alam yang first class. Lagipun ini lastlah orang
jadi bidan terjun untuk akak. Lepas ni tak nak la,” kata Aleeya
dengan tangan turut sama menari-nari seperti mami jarum
menunjuk barang kemasnya. Membuat gaya lakonan semula
situasi siang tadi.
Tolonglah! Memang sudah tidak sanggup rasanya
buat kerja sebegini. Penatnya tidak terkata.
Eh... eh... Budak Aleeya ni. Suka-suka hati masak
cabai bubuh daun bawang aje mengata aku ada otak putar
alam first class. Itu namanya kes buat-buat tak perasan
terkutuk Kak Ana dia ni secara halus.
“Lor kenapa seyh?” tanya Kak Ana. Tidak faham
dengan Aleeya. Setahunya businesslah boleh buat jadi kaya.
“Malaslah nak melayan kerenah orang ni,” balas
Aleeya.
“Macam tu pulak! Balik bila?”
“Isnin. Lepas makan tengah hari.”
“Esok buat apa?”
“Apalah akak ni. Esok Ahad. Orang nak lepak-lepak
kat rumah. Nama aje balik kampung, tapi tak melekat kat
rumah. Mak pun dah bising.”
“Jom keluar makan esok,” usul Kak Ana.
“Sape belanja?” Aleeya bertanya pantas.
“Ek eleh... kerek pulak.” Kak Ana bagi sebijik.

“Ye la. Karang tak pasal-pasal Kak Ana paw orang,
suruh belanja pulak.”
Aleeya tersenyum. Masih segar di dalam ingatan
macam mana Kak Ana telah bersekongkol dengan Rozy nak
kenakan aku masa aku mula-mula dapat gaji dulu. Tak
berhati perut dia orang tinggalkan aku sorang diri di kaunter
McDonald’s lepas order apa yang dia orang berdua mahu
makan. Menggigil tangan nak keluar duit masa tu.
“Cess!!! Selalu Leeya paw Kak Ana, akak tak bising
pun!” getus Kak Ana.
Amboi takut sangat Aleeya jika diminta tolong
payungkan aku dan Rozy makan dekat mana-mana.
“Akak lain. Big boss. Orang kuli aje....”
Nada Aleeya sudah merendah. Sedang buat drama
kekononnya dia seorang gadis yang amat-amat innocent dan
merendah diri. Cairlah wahai kakakku….
“Aleeya dengan Rozy sama aje. Tau nak paw bos
besar aje.”
Nada suara Kak Ana diubah sikit. Bunyi macam
orang dah dekat nak merajuk.
Aleeya ketawa. Lawak la ayat Kak Ana ni. Boleh
pulak buat nada suara ala-ala budak kecil merajuk dengan
emak abah dia sebab tak dibelikan lollypop. Langsung tak
menunjukkan umur dah dua puluh tujuh tahun. Bersembang
dengan dia macam bersembang dengan member-member
sebaya aku aje.
“Kak Ana,” panggil Aleeya.
“Hmmm....”
“Orang tengokkan, akak dengan Rozy tu macam ada
something goes wrong somewhere aje.”

Sengaja Aleeya mengusik Kak Ana. Memanglah Kak
Ana dengan Rozy tengah cuba sedaya upaya bekerja keras nak
menyorok sesuatu dari pengetahuan aku. Macamlah aku tak
tau. Ingat mata aku ini dah rabun ke? Tak nampak babakbabak
romantik dia orang itu semasa di butik.
“Ni apa kes ciplak dialog Mak Cik Mary, mak tiri
Zoela ni? Tau la minat sangat tengok drama Sindarela tu.
Kreatif la sikit. Guna ayat sendiri.”
“Nak kona la tu! Akak ni ada apa-apa ek dengan
Rozy tu?” sakat Aleeya lagi. Jangan berhenti! Biar Kak Ana
menggelabah macam labah-labah sebab takut tembelang dia
dah pecah.
“Mengarutlah!” nafi Kak Ana.
“Siapa yang mengarut? Lain macam aje mata orang
ni tengok akak dengan Rozy. Dekat butik boleh pulak guraugurau
manja, main pukul-pukul. Eleh, lagi mau kata orang
mengarut.”
Aleeya masih tidak puas lagi mahu menyakat Kak
Ana. Pasti sekarang ini Kak Ana sudah masuk menyorok di
dalam selimut kerana tidak tahan menanggung malu. Muka
pasti sudah jadi merah padam.
“Ni sejak bila dah jadi pandai main tuduh-tuduh
akak ada skandal dengan Rozy ni? Sungguh tak berasas
tuduhan yang dilemparkan itu. Dahlah. Malas akak nak layan
kamu ni. Pergi tidur. Esok jangan lupa. Kita jumpa dekat
Restoran Maxwell. Barang-barang akak tu jangan lupa bawak
jugak. Jangan nak buat harta sendiri pulak.”
“Wah! Bestnya ada orang nak belanja dekat Restoran
Maxwell esok. Akak, orang nak makan ikan siakap tiga rasa,
udang goreng tepung, sup ekor, sayur campur dengan daging
masak merah. Nasi putih nak dua pinggan. Alang-alang orang
dah bermurah hati, baik kita balun sampai lebam,” kata
Aleeya dengan gumbiranya. Hore!!! Ada orang mahu belanja.
“Hebat aje. Badan kecik makan banyak!” perli Kak
Ana.
Aleeya hanya membalas dengan ketawa.
“Okeylah, Leeya. Jangan lupa esok, tau. Babai.
Assalamualaikum.”
“Babai. Waalaikumussalam.”
Talian dimatikan.
Aleeya menengadah ke siling memandang kipas
angin yang sedang berpusing laju. Nasib tadi tak jumpa
dengan Mat Zain lagi. Kalau tak… he he he he… Aleeya
tersenyum sendiri.
Confuse aku dengan mamat sorang ni. Tapi Mat
Zain ni kira okey jugak aku tengok. Not bad. Walaupun tak
mirip dengan mana-mana selebriti, tapi boleh tahan jugak.
Tinggi. Encem pun ye jugak. Ha ha ha….
Ini apa kes tiba-tiba duk terfikir, terbayang Mat Zain
yang baru kenal tu? Kes apa lagi, kes satu wayar dah tercabut
sebab penat sangat. Nyaris-nyaris tak short. Bahasa senang,
penat gila tahap gaban Perwira Satria Perkasa Hitam.
Baru dua hari pegang profesion jadi mak andam tak
terlatih, kepala dah macam tak berapa nak betul.

0 comments:

Post a Comment